nurulmuna yem nurul muna yem nurulmunayem
nurulmuna yem nurul muna yem nurulmunayem

09 September 2016

Safar ila mardhatillah.

Suka untukku mengolah kata-kata salah seorang Tokoh Pemikir Islam, Al-Amir Syakib Arsalan (bukan Aslan yeeeee).

Kata-kata ini diungkapkan setelah beliau menerima pelbagai surat dari pemimpin negara Islam, yang mencadangkan untuk menubuhkan semula sistem Khalifah, atau mengadakan Muktamar Islam, dan idea-idea lain yang senada untuk memakmurkan semula Islam di dunia ini.

Pada ketika itu (dan sekarang juga), umat Islam mundur dan lemah diulit dunia. Kerana itulah pemimpin Islam terdesak untuk mengembalikan semula Islam pada tempatnya.

Namun, respon Syakib Arsalan amat mengejutkan.

Katanya, 

Islam harus bermula dari bawah semula. Caranya, kita wajib melahirkan individu muslim yang kukuh.

Jadi, apa caranya?

Apa yang Rasulullah SAW lakukan sewaktu umatnya leka dan kotor dipalit jahiliyyah sewaktu baginda di Mekah?

 Kaum Quraisy, menyembah berhala, meneguk arak tanpa had, maksiat menjadi budaya.
Dihimpit hiba, baginda beruzlah di Gua Hira' kerana Baginda lemah.
Kerana Baginda berseorangan.
Dalam keseorangan itu, Baginda meratap pada Allah.

Pada detik itu, didatangkan wahyu buatnya.
Ditanamkan dalam dirinya tentang ilmu-ilmu di dalam al-Quran, melalui Jibril. Dan dengan itu, keimanan Baginda yang sedia utuh semakin kukuh, Lantas Baginda mula berdakwah secara sirriyyah, kemudian jahriyyah.

Usaha Baginda melahirkan individu-individu Muslim yang kuat iman mereka, kukuh seperti Baginda.
Kemudian, tiba saat untuk Allah uji hati-hati mereka untuk membuktikan hakikat keimanan itu.
313 Muslimin, menentang 1000 musyrikin sewaktu Perang Badar.
Dengan keutuhan hati mereka yang dilimpahi keimanan terhadap Allah, mereka menang.

Kerana mereka memperjuangkan hakikat yang sebenar.

"Tiada Tuhan melainkan Allah,
Nabi Muhammad pesuruh Allah."

Bermula dari situ, Islam kian berkembang, kerana Allah.
Hakikat murni itu diperkenalkan dan diterima ke serata dunia, kerana Allah.
Namun sayang, kerana setelah kita berada di atas, dengan mudah kita melupai Allah.
Sistem khalifah dijatuhkan dengan taktik yang menjelikkan,
Bertuhankan hawa nafsu dan kuasa.

Kemudian, lahirlah kita.
Rijal-rijal yang dilahirkan ke dalam dunia dengan Islam sebagai agama.
Adakah dengan itu, bermakna kita telah hidup dalam hakikat Islam yang sebenar?
Tidak. Selagi tiada Islam di atas, selagi belum setiap manusia menerima risalah Islam, 
Maka belum berakhirlah perjuangan yang dimulakan oleh Rasulullah SAW.

Kerana itulah, Syakib Arsalan mengatakan kita belum bersedia untuk mengangkat seorang Khalifah, belum mampu untuk mengadakan sebuah Muktamar Islam yang akan mengubah dunia.
Kerana belum ada lagi insan-insan atau individu-individu yang mampu mengulang perjuangan yang unggul sepertimana yang dimulakan oleh 313 golongan al-awalun terdahulu... Sebelum Rasulullah diangkat menjadi pemimpin, baginda mempersiapkan dahulu umatnya untuk menjadi askar, menjadi panglima di medan perang. Keutuhan hati mereka dengan keimanan yang kukuh tidak meruntuhkan mereka semasa mereka berdakwah, dan juga semasa mereka berperang. Jadi bagaimana mungkin jika kita pada waktu ini, mengangkat seorang khalifah seandainya askar yang sedia ada belum cukup utuh, belum lagi mampu menjadi panglima-panglima perang, belum lagi mampu mengangkat Islam sebagai satu-satunya cara hidup kita, belum lagi mampu untuk meninggalkan segala nikmat yang ditawarkan di dunia ini?

Selagi belum ada individu-individu Muslim yang beriltizam untuk mengangkat Islam secara total, selagi itu tidak akan lahir kepimpinan yang mampu menggentarkan musuh.

Hakikat hari ini...

Ada antara kita yang beruntung, lahir dalam kalangan kelompok yang mengetahui hakikat iman.

Namun ada antara kita yang lahir tanpa diperkenalkan dengan Islam sebagai satu-satunya hakikat yang harus diperjuangkan.


Golongan ini mengambil Islam sebagai satu bentuk kepercayaan yang akan memenuhi keperluan spiritual sahaja, dan tidak mengambil Islam sebagai cara hidup yang menyeluruh. Yang mengasingkan hakikat bertuhan dengan hakikat-hakikat lain. Yang tidak mencampurkan agama dalam kehidupannya kerana tidak mahu dianggap kolot, mundur, lemah. Sekular, liberal, humanisme, kau namakan saja, apa sahaja hakikat yang membenarkan mereka mengikut telunjuk hawa nafsu mereka, itulah yang akan mereka perjuangkan.

Namun kita lebih  mengetahui hakikat murni yang harus kita terima dan yang harus kita perjuangkan.
Yang dijunjung oleh para nabi yang terdahulu, dari Adam hingga Muhammad.

Maka dengan itu, 

Adakah kini kita harus kembali beruzlah di dalam gua, seperti mana Rasulullah lakukan?
Tidak, kerana kita tidak lagi berseorangan, seperti mana Rasulullah dahulu. Hakikat kebenaran Islam telah menjadikan ia sebagai sebuah agama yang semakin laju berkembang walau apa pun fitnah yang dilemparkan kepada agama suci ini.

Kita kini perlu menyambung semula perjuangan yang dimulakan Baginda, 
Di saat kita sudah mengetahui hakikat dua kalimah syahadah,
Di saat kita mengetahui bahawa Islam pernah menakluk dunia dengan berasaskan keutuhan iman.

Maka dengan itu, untuk apa kita bersembunyi lagi?
Kita sudah melepasi tempoh itu.
Berhentilah bersembunyi.

Ubahlah norma yang tidak selari dengan perjuangan Rasulullah,
Dengan kelebihan yang diberikan kepada kita.

Akal yang dikurniakan untuk berfikir, fikirlah tentang Tuhanmu, agamamu.
Mulut yang dikurniakan untuk berkata, sebarkanlah hakikat yang benar dan murni.
Tangan dan kaki yang dikurniakan untuk bekerja, kerjakanlah dengan Islam sebagai matlamat.

Tegakkan Islam dalam dirimu, lupakan jahiliyyahmu yang lalu.

Jadilah seorang individu Muslim yang teguh, pemuda yang jelas wawasannya.

Semoga nama kita terpalit sebagai salah seorang yang telah memperjuangkan agama,
apabila Islam telah benar-benar berada di atas kelak.

Tiada gunanya kita memilih sebarang kemewahan dunia, 
Seandainya ianya tidak mendatangkan keredhaan Allah.

Janganlah kita menjadi seperti mereka yang disebut dalam ayat terakhir dalam Surah Muhammad.
"...Dan jika kamu berpaling, niscaya Dia akan mengganti (kamu) dengan Kaum yang lain, dan mereka tidak akan menjadi seperti kamu (ini)."
[Muhammad: 38]

Sebagai contoh,

Bangsa Moro (Kristian) telah berjaya menggulingkan tamadun Islam yang ditubuhkan di Cordoba, Sepanyol.
Tentera Monggol yang bengis dari China berjaya menakluk dan menjatuhkan Khalifah Abbassiyyah sewaktu mereka berpusat di Baghdad, Iraq. 

Hal ini berlaku kerana umat Islam di kedua buah negara telah hanyut dengan keduniaan, dan telah menganggap bahawa mereka telah cukup puas dalam memperjuangkan agama Allah. Mereka telah selesa dengan harta dan kejayaan yang diraih oleh nenek moyang mereka, lantas mereka mula merasa selesa dengan kemewahan. Dakwah tidak lagi berkembang, dan mereka mula dihinggapi penyakit cintakan dunia (wahn).

Na'udzubillahiminzalik.

Moga kita menjadi kaum muslimin yang lebih baik yang akan menggantikan kaum muslimin yang terdahulu.

Dengan itu,

"Islam datang dalam keadaan yang asing,
dan akan kembali menjadi sesuatu yang asing.
Maka beruntunglah orang-orang yang asing."
(HR Muslim, no. 145)


Safar ila mardhatillah.
Perjalanan menuju redha Allah.


No comments: