nurulmuna yem nurul muna yem nurulmunayem
nurulmuna yem nurul muna yem nurulmunayem

09 September 2016

Bingkai realiti.

Andai ditakdirkan aku ulangi semula walau sesaat pun, aku mahu setiapnya diisi dengan mengenali Allah.

Baru mahu mengenal Allah setelah lewat usia awal 20 an, adalah sesuatu yang aku amat kesalkan. Percayalah, andai ada orang yang membawa halaqah/usrah/liqa' di kawasanmu, sertailah. Terdapat realiti yang lebih besar yang perlu kau lihat. Dan jika kau telahpun berada di dalam bulatan gembira itu, binalah wawasan yang lebih luas selain hanya mahu memperbaiki dirimu dan orang didalam bulatanmu. Ketahuilah realiti di mana kita diserang musuh yang mahu kita berada di dalam zon selesa, yang mahu kita terus menganggap bahawa kita berada di dalam satu keadaan yang selamat dan tidak akan diperangi dan akan sentiasa maju. Sedangkan, bukankah satu masa dahulu Islam pernah berada di atas? Mengapa kini satu dunia sedang menantikan keputusan Kempen Presidensi Amerika Syarikat? Kerana mereka memegang kuasa yang besar di dunia masa kini. Sedangkan politik di Malaysia, dianggap tidak akan mampu mengubah dunia, hanya menjadi boneka dan bahan ketawa. Ianya membuatkan kita sedar, di mana status negara Islam itu dari sudut lensa sedunia. Apa yang boleh kita banggakan? Tidak ada, walau satu pun, malah negara Islam ini sendiri sedang diasak dengan kepentingan-kepentingan yang diinginkan pihak musuh Islam. Yang bijak dan kaya terus mengasingkan diri dari mereka yang dibawah. Dan yang mundur dan miskin tidak mahu kedepan, hanya mahu disuap umpama pengemis. Bagaimana dengan rakyat marhaen? Rakyat yang sepatutnya mempunyai kuasa memilih dan mencorakkan negara? Tidak kurang yang peka dan sedar, namun masih tidak ramai sehingga menjadi majoriti. Majoriti masih leka dan masih sibuk menguruskan kepentingan diri, cuba menambah gaji, memastikan perut sendiri kenyang, dan perancangan musuh Islam tidak terperasankan pun walaupun cuma dekat di sebelah. Masalah umat kini cuma dibaca dalam suratkhabar sewaktu sarapan yang akan dikitarsemula hujung bulan nanti. Lensa kehidupan mereka dicorakkan dengan apa yang disogokkan media, dengan apa yang ditayangkan di pawagam, dengan apa yang ditunjukkan di dalam berita.  Begitulah umat di negara Islam kita sekarang. 

Apakah standard negara Islam yang sebenarnya? 

Di manakah negara Islam yang mempunyai 
fikrah yang jelas untuk memperjuangkan seruan dua kalimah syahadah?

Di Palestin sana.

Di mana keadaan mereka serba daif namun tiada satu pun yang mengemis di sana.

Kita?
Dibudayakan sikap mengemis itu, hingga ianya berjaya dijadikan sindiket oleh pihak tak bertanggungjawab.

Di Palestin,
Pemudanya menjadikan solat subuh berjemaah itu sebagai sesuatu yang tabiat, dan adalah asing bagi seorang pemuda untuk tidak ke masjid di hening pagi. 

Pemuda kita?
Kalau bangun subuh itu, untung sekali, dan untuk ke masjid di waktu itu adalah sesuatu yang asing.

Ah, baru beberapa isu diketengahkan. Dan kita, masih perlu banyak perubahan.

Mahu ubah dunia?

Baca semula perkataan yang ditebalkan di atas.

The choice is yours.



No comments: