nurulmuna yem nurul muna yem nurulmunayem
nurulmuna yem nurul muna yem nurulmunayem

06 August 2015

They way you look at me.

"Antara perkara yang membezakan
perbuatan seseorang dengan 
orang lain adalah
niat"

Maka dengan itu, salah satu cara Allah membezakan seorang hambanya dengan hamba yang lain adalah melalui niat.

Assalamualaikum! Jadi, kali ni nak berbicara tentang niat. Sebab dah beberapa kali, aku akan selalu tergelincir disaat mahu melakukan sesuatu. Contohnya, kita akan buat sesuatu perkara tu sebab orang lain yang buat. Kita nak ikut trend, nak jadi macam dia, and niat tu sendiri dah lari sebab bukan nak kejar redha Allah. Scary kan? And rugi. Sebab banyak je benda yang kita nak buat dan kita boleh buat untuk dapat pahala, cuma kena ubah niat tu je. But mostly, kita tersasar sebab kita nak ikut orang lain. Sedih. Dan kadangkala disebabkan niat kita tu sendiri yang tak kukuh, perbuatan kita tu hancur lebur. 

Contohnya, arkitek A dan arkitek B. 
Arkitek A, niatnya untuk membina bangunan adalah untuk menyediakan kawasan yang selesa untuk ummah. Jadi niatnya yang utama, untuk Allah.
Arkitek B, niatnya untuk membina bangunan adalah kerana tendernya besar dan lumayan, jadi dapatlah dia mengukuhkan kedudukan ekonomi dia. Niat utama? Individualistik.
Kalau bangunan arkitek A runtuh, setiap usaha dia untuk membina bangunan itu kembali adalah pahala. Sama ada dia berjaya atau tidak, dia tetap akan mendapat pahala. Pada saat dia menanam niat itu sendiri sebelum berusaha pun, dia telahpun mendapat pahala. 
Kalau bangunan arkitek B runtuh? Dia cuma mendapat kerugian. Dan mungkin dia akan terus mengejar tender atau projek lain yang akan mendatangkan keuntungan yang tak pasti...

Jelas kan? Niat itu sendiri umpama insurans yang akan membuatkan kita selamat dan tetap utuh walaupun pada zahirnya semuanya musnah. Tapi kita ada Allah. Automatisnya, kita telah dijaga dari awal. Dan keuntungannya bukan pada Allah, tapi untuk diri kita sendiri ^_^

Jadinya. Refresh niat dalam setiap langkah kita. Bukan mudah, tapi ianya adalah usaha dan walau sekecil mana pun usaha kita, kalau kerana Allah, insyaAllah pada pandanganNya ianya amat bermakna.

Insya Allah. Yosh! Peringatan untuk diri sendiri, beratnya. Sebab dah tulis, kena lah buat. Jangan tak buat. Kalau tergelincir, ingatlah. You are not alone. He's looking upon us all the time :') 

InsyaAllah. 

No comments: