nurulmuna yem nurul muna yem nurulmunayem
nurulmuna yem nurul muna yem nurulmunayem

21 March 2013

I just.

Hujan, aku merenung titisan air yang turun dari langit.
Sendiri, aku menghadap makanan separuh habis. 
Air juga masih berbaki separuh.
Bateri telefon pintar - 1%
Sedang Whatsapp dengan rakan yang gila. 
Sambil terdengar gadis di meja sebelah menghamburkan makian dalam aduan, pada rakan lelakinya.
Entah. 
Dalam hidup-hidup mereka yang lain, ada masa aku rasa,
Kosong. Aku kosong.
Dan malam ini aku hambur air mata keluar,
Entah tak tahu kenapa.
Menangis lagi.
Sayu, sepi, sendiri, oh kesiannya. 
Aku tunggu hujan berhenti, sebenarnya.
Nak redah jalan pulang ke rumah.
Walaupun kosong, tiada yang menanti.
Walaupun sepi, tak dapat hibur hati.
Tapi macam biasa.
Macam semalam, aku pasang senyum
Macam kelmarin, aku rajinkan ketawa.
Aku tunggu. 
Tunggu masa.
Hambur lagi keluar air hujan.

Hey.
 I wanna make peace with what wasn't meant to be.
And find peace in what is meant to be.
In what will be.