nurulmuna yem nurul muna yem nurulmunayem
nurulmuna yem nurul muna yem nurulmunayem

16 March 2013

Mudah menangis.




Biasanya kalau mengadu, air mata mesti berderai. Orang kata kalau mengadu, membuahkan harapan. Jadi jangan mengadu. Tapi apa salahnya? Mungkin harapan itu yang kau perlu. Harapan itu yang membuatkan kau sedar apa yang tak dapat diselamatkan itu, biarlah pergi. Aturan hidup tak perlu dihalang. Aturan manusia yang sentiasa berharap, jangan ditolak. Tak perlu berharap atas usaha manusia. Sesungguhnya manusia hanyalah manusia. Takkan pernah mampu untuk jadi sempurna apatah lagi menyempurnakan. Manusia yang serba lemah, mana mungkin dapat melengkapi apa yang sememangnya tidak lengkap.
Minta pada Yang Maha Lengkap.
Yang Maha Utuh.
Biar Dia yang melengkapi.
Biar pada Dia kita bergantung harap.
Dia Maha Utuh, takkan biar kita jatuh.

Tidak. Aku tidak berharap pada manusia. Aku tidak berharap mereka memahami.
Semua sakit bersebab.
Semua tangis bersebab.
Ada batas, apa yang perlu beritahu dan tidak.
Kalau aku cuma akan cerita separuh, masih takkan mungkin mereka faham.
Kalau mahu aku cerita semua, jenuh.
Kena korek semula kisah lama.
Aku tak suka kisah lama diulangtayang.
Tak bosan ke?
Jadi biar aku tannggung sendiri.
Berdikari.
Okay?
Gila kau tak okay.

Hidup ni memang tak best.
Memang tak dapat lari dari cliché.
Nak tau apa yang best?
Tidur.
Krohhhh