nurulmuna yem nurul muna yem nurulmunayem
nurulmuna yem nurul muna yem nurulmunayem

08 March 2013

Bukan senang, tapi hasbi rabbi, kan?

Bila kita disaat lemah, kita angkat tangan dan berdoa pada Ilahi.

"Ya Rabb ku, berikan yang terbaik buatku.
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui akan segala sesuatu.
Yang ku sangka baik buatku tak semestinya baik dalam pandanganMu
Maka selaraskan hidupku dengan keyakinan
Bahawa Engkau memilih terbaik buatku.
Amin."

Itu doa kita.

Tapi realitinya, bila ditimpa kesusahan?
Bila segala yang kita mahukan Dia tarik?
Bila semua keselesaan yang menenangkan hilang?

Kita mengeluh, mengadu, menangis, seolah-olah hilang pedoman. Siap bertanya, dan meratap, "Kenapa Kau ambil semuanya daripada ku apa yang aku mahukan Ilahi ku?!"

Padahal bukan kita yang minta dia jauhkan semua yang buruk dari kita?
Padahal bukan kita yang minta dia berikan semua yang terbaik dari pandangan Dia?
Padahal bukan kita yang minta dia selaraskan keinginan dengan pilihan daripada Dia cuma?

Sudahlah. Kita manusia memang tak reti bersyukur.
Tak reti positifkan setiap dugaan.
Semua yang berlaku, mesti nak caci. Mesti nak ungkit. Mesti nak ratap.

Aku tahu. Semua ini tak senang. Semua ini perit.
Makin lama makin menghimpit.
Makin lama makin tak mahu semua ini terjadi.
Makin lama air mata berderai terlalu kerap, hingga jadi kebiasaan.

Tapi cuma satu, kan?

H a s b i r a b b i : ' )

C u k u p l a h T u h a n : ' )