nurulmuna yem nurul muna yem nurulmunayem
nurulmuna yem nurul muna yem nurulmunayem

10 January 2013

Dua puluh satu tahun.

Selamat hari jadi, sesiapa yang harijadinya hari ini :) 
Tahun ini aku akan cecah ke umur 21. 
Tuhan masih sayangkan aku, dipanjangkan padaku waktu untuk aku beri terindah atas namaNya. 
Khilaf aku, moga jangan pernah aku lupakan. 
Biar semua dosa menjadi batu api daripadaku kepada syaitan biar mereka ke neraka ciptaan mereka sendiri. Tanpa aku. 
Heretan mereka pada leherku masih berbekas. 
*Lap air mata*
Sakitnya tetap terasa. 
Pilu untukNya tak terungkap. 
Banyak telahku belajar. 
Dari manusia terindah ciptaanNya 
Dipinjamkan untukku belajar dari mereka. 
Setiap satu punya pengajaran teristimewa yang membuatkan aku belajar tentang dunia singkat ini. 
Sayang aku pada kamu semua. 
Muah! 
Kamu tahu kamu siapa :') 

Ku sayangi kamu Lillah, di dunia dan akhirat. 

Jaga diri kamu. 

Moga perubahan yang mahu dilaksanakan, terlaksana atas hendak Tuhan. 

Jangan berhenti berharap, aku mohon. 
Setiap niat baik kamu, diberi pahala kan? 

Teruskan. 
Biar. 
Berjaya. 

Semoga berjaya semua. 

Corak polkadot berwarna-warni.

Kanvas putih itu aku lihat, kosong. 
Terlalu suci. 
Terlalu bersih dari noda. 
Cela? Tiada satu pun. 
Maka aku rasa mataku berat memandangnya. 
Aku pusingkan imaginasi di mata. 
Bentuk - bentuk terbentuk dibentukkan agar membentuk bentuk yang ku mahu. 
Lantas laju, 
Tangan melakar lakaran difikiran
Biar indah yang putih itu, 
Disulamkan keceriaan 
Dengan corak polkadot warna-warni. 
Asalkan, tiada lagi titik hitam. 
Tiada walau setitik pun bintik hitam. 
Kerana aku mahu kanvas putih itu, 
Kekal ceria dalam suci. 

Jika diizinkan Tuhan, karna aku cuma merancang :) 

Seketul post disaji bersama rendang malas.

Hai.
Hehehehhehe.
Aku cuma mahu ucapkan yang,
Aku akan mula sambung semester 5!
Yayyy!
Tiada lagi cuti.
Aku rasa cuti juga berikan aku writer's block.
Tiada idea.
Kisah-kisah yang sepatutnya aku kongsikan aku simpan aja.
Entahlah.
Rasanya aku tak rugi kalau berkongsi.
Tapi, itulah.
M a l a s !
Hehehe.
Harapnya idea tak lagi ditapis.
Moga tak terperangkap dalam kontinuum idea-mimpi.
(Bacalah Stereo Genmai kalau mahu belajar apa itu idea mimpi)

Hehehe.
Okay bai.  Sorry post ini kosong.
Tiada kena mengena dengan Najwa Latif pun.

Assalamualaikum!