nurulmuna yem nurul muna yem nurulmunayem
nurulmuna yem nurul muna yem nurulmunayem

28 March 2013

Kawen jom.


Kesalahan aku, selalunya, ialah terlalu mencintai.
Sehinggakan semua yang aku punya, aku anggap hanya milik aku.
Aku lupa, Tuhan yang gerakkan mereka supaya hadir dalam hidup aku.
Dan Tuhan juga yang mampu campakkan mereka keluar.

Baru-baru ini ada satu berita.

Rakan karib aku akan berkahwin.
Ya, kami kongsi pelbagai rasa bersama.
Berkawan hampir satu dekad.

Perkahwinan = Dunia baru bersama orang baru.

Entah kenapa aku tulis ini.

Tapi aku cuma mahu tulisan ini jadi janji,
Yang kami tak akan berpisah.
Ya, biarlah dia berkahwin.
Aku mahu yang terbaik untuk dia.

Semua gelak-tawa, semua tangis-hingus,
Takkan berhenti, lebur macam tu saja.

Tak bermakna ianya satu titik noktah kepada kami, bukan?

Berminggu juga aku murung.
Saat aku terima panggilan berdurasi 28 minit,
Saat itu aku masih okay.
Sekarang-- masih dalam fasa 'Acceptance'
Penerimaan.

Culture shock jap :P
Entahlah.

Ish takpelah kalau aku cerita bukan korang faham (kot?)

Haha okay takpe.

Allah ada. Jaga kitew semuew.

ps: At least ada driver nanti bawak aku dan dia jalan-jalan. Byebye taxi merah~

:)

Some say, when you love, let go.
And.
See.
If it comes back to you, it's yours.
If it doesn't, you'll find a better love.

Some say, be the right kind of person you want to have,
And stop finding the right person that you want.
When you stop looking for the right one,
They come.

Truth is.
Don't force your heart.
Let it be.
If it comes, it will convince yourself to do what you gotta do.
If it comes, it will tell you to do the right thing.
If it comes, it will let you overcome your previous fears.

Just let it come.

Don't, ever, ever, ever, get jealous over others.
Don't try to love because of the other lovey dovey lovers.
Then you will only fool yourself.
And hurt others, along your pursuit of temporary love.

Find His divine love, amongst all. Everything else will fall into place.
Perfectly.





21 March 2013

I just.

Hujan, aku merenung titisan air yang turun dari langit.
Sendiri, aku menghadap makanan separuh habis. 
Air juga masih berbaki separuh.
Bateri telefon pintar - 1%
Sedang Whatsapp dengan rakan yang gila. 
Sambil terdengar gadis di meja sebelah menghamburkan makian dalam aduan, pada rakan lelakinya.
Entah. 
Dalam hidup-hidup mereka yang lain, ada masa aku rasa,
Kosong. Aku kosong.
Dan malam ini aku hambur air mata keluar,
Entah tak tahu kenapa.
Menangis lagi.
Sayu, sepi, sendiri, oh kesiannya. 
Aku tunggu hujan berhenti, sebenarnya.
Nak redah jalan pulang ke rumah.
Walaupun kosong, tiada yang menanti.
Walaupun sepi, tak dapat hibur hati.
Tapi macam biasa.
Macam semalam, aku pasang senyum
Macam kelmarin, aku rajinkan ketawa.
Aku tunggu. 
Tunggu masa.
Hambur lagi keluar air hujan.

Hey.
 I wanna make peace with what wasn't meant to be.
And find peace in what is meant to be.
In what will be. 

16 March 2013

Mudah menangis.




Biasanya kalau mengadu, air mata mesti berderai. Orang kata kalau mengadu, membuahkan harapan. Jadi jangan mengadu. Tapi apa salahnya? Mungkin harapan itu yang kau perlu. Harapan itu yang membuatkan kau sedar apa yang tak dapat diselamatkan itu, biarlah pergi. Aturan hidup tak perlu dihalang. Aturan manusia yang sentiasa berharap, jangan ditolak. Tak perlu berharap atas usaha manusia. Sesungguhnya manusia hanyalah manusia. Takkan pernah mampu untuk jadi sempurna apatah lagi menyempurnakan. Manusia yang serba lemah, mana mungkin dapat melengkapi apa yang sememangnya tidak lengkap.
Minta pada Yang Maha Lengkap.
Yang Maha Utuh.
Biar Dia yang melengkapi.
Biar pada Dia kita bergantung harap.
Dia Maha Utuh, takkan biar kita jatuh.

Tidak. Aku tidak berharap pada manusia. Aku tidak berharap mereka memahami.
Semua sakit bersebab.
Semua tangis bersebab.
Ada batas, apa yang perlu beritahu dan tidak.
Kalau aku cuma akan cerita separuh, masih takkan mungkin mereka faham.
Kalau mahu aku cerita semua, jenuh.
Kena korek semula kisah lama.
Aku tak suka kisah lama diulangtayang.
Tak bosan ke?
Jadi biar aku tannggung sendiri.
Berdikari.
Okay?
Gila kau tak okay.

Hidup ni memang tak best.
Memang tak dapat lari dari cliché.
Nak tau apa yang best?
Tidur.
Krohhhh

08 March 2013

Bukan senang, tapi hasbi rabbi, kan?

Bila kita disaat lemah, kita angkat tangan dan berdoa pada Ilahi.

"Ya Rabb ku, berikan yang terbaik buatku.
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui akan segala sesuatu.
Yang ku sangka baik buatku tak semestinya baik dalam pandanganMu
Maka selaraskan hidupku dengan keyakinan
Bahawa Engkau memilih terbaik buatku.
Amin."

Itu doa kita.

Tapi realitinya, bila ditimpa kesusahan?
Bila segala yang kita mahukan Dia tarik?
Bila semua keselesaan yang menenangkan hilang?

Kita mengeluh, mengadu, menangis, seolah-olah hilang pedoman. Siap bertanya, dan meratap, "Kenapa Kau ambil semuanya daripada ku apa yang aku mahukan Ilahi ku?!"

Padahal bukan kita yang minta dia jauhkan semua yang buruk dari kita?
Padahal bukan kita yang minta dia berikan semua yang terbaik dari pandangan Dia?
Padahal bukan kita yang minta dia selaraskan keinginan dengan pilihan daripada Dia cuma?

Sudahlah. Kita manusia memang tak reti bersyukur.
Tak reti positifkan setiap dugaan.
Semua yang berlaku, mesti nak caci. Mesti nak ungkit. Mesti nak ratap.

Aku tahu. Semua ini tak senang. Semua ini perit.
Makin lama makin menghimpit.
Makin lama makin tak mahu semua ini terjadi.
Makin lama air mata berderai terlalu kerap, hingga jadi kebiasaan.

Tapi cuma satu, kan?

H a s b i r a b b i : ' )

C u k u p l a h T u h a n : ' )