nurulmuna yem nurul muna yem nurulmunayem
nurulmuna yem nurul muna yem nurulmunayem

17 January 2013

Antara batu dan penipuan.

Pilihan, dua. Untuk dipayungi penipuan atau dihujani batu?
Satu yang sangat merumitkan. Penipuan itu menghambat terus ke kancah delusi.
Mengeret ke lembah yang takkan pernah mematangkan. Sebaliknya ralit dalam angan luar biasa.
Tapi,
Batu-batu itu perit, meskipun ia menyadarkan dari terus leka.
Melukakan, compang-camping baju terkoyak. Kulit disiat hingga teriak.
Batu yang mengumpamakan kebenaran.
Yang tak akan menipu.
Apa lagi?
Kenapa perlu dalam dua itu perlu kupilih?
Sehingga sesak. Perit mata, pedih menahan.

Pilih antara dua.

Mana?

Batu mungkin? Seperti hati aku.


11 January 2013

Saat ia turun, drip drip drip.

Hari hujan
Aku di jendela 
Air meresap
Ke tanah pusara. 
Aku dipilih Dia untuk merasa, 
Kehilanganmu. 
Kehilanganmu
Aky diangkat Dia untuk merasa, 
Kehilanganmu. 
Kehilanganmu. 
Engkau. 
Pergi. 
Tanpa. 
Tunggu ku sedia
Air, melimpah. 
Dari atap rumah. 
Aku dipilih Dia untuk merasa, 
Kehilanganmu. 
Kehilanganmu. 
Aku diangkat Dia untuk merasa, 
Kehilanganmu. 
Kehilanganmu. 

Wani Ardy - Hujan 


Saya ada benda nak cakap,

HAI SEMUA. 
HARI INI BELUM HARIJADI SAYA SEBENARNYA 
Cuma, umur saya 21 pada tahun 2013 ni 
Hihihihihi :p
Saya saya saya. 
Terima kasih atas semua ucapan! 
Heeee :') 

Sambut awal sebulan, takpelah. 
Asal halal :) 

Okay salam ^^

10 January 2013

Dua puluh satu tahun.

Selamat hari jadi, sesiapa yang harijadinya hari ini :) 
Tahun ini aku akan cecah ke umur 21. 
Tuhan masih sayangkan aku, dipanjangkan padaku waktu untuk aku beri terindah atas namaNya. 
Khilaf aku, moga jangan pernah aku lupakan. 
Biar semua dosa menjadi batu api daripadaku kepada syaitan biar mereka ke neraka ciptaan mereka sendiri. Tanpa aku. 
Heretan mereka pada leherku masih berbekas. 
*Lap air mata*
Sakitnya tetap terasa. 
Pilu untukNya tak terungkap. 
Banyak telahku belajar. 
Dari manusia terindah ciptaanNya 
Dipinjamkan untukku belajar dari mereka. 
Setiap satu punya pengajaran teristimewa yang membuatkan aku belajar tentang dunia singkat ini. 
Sayang aku pada kamu semua. 
Muah! 
Kamu tahu kamu siapa :') 

Ku sayangi kamu Lillah, di dunia dan akhirat. 

Jaga diri kamu. 

Moga perubahan yang mahu dilaksanakan, terlaksana atas hendak Tuhan. 

Jangan berhenti berharap, aku mohon. 
Setiap niat baik kamu, diberi pahala kan? 

Teruskan. 
Biar. 
Berjaya. 

Semoga berjaya semua. 

Corak polkadot berwarna-warni.

Kanvas putih itu aku lihat, kosong. 
Terlalu suci. 
Terlalu bersih dari noda. 
Cela? Tiada satu pun. 
Maka aku rasa mataku berat memandangnya. 
Aku pusingkan imaginasi di mata. 
Bentuk - bentuk terbentuk dibentukkan agar membentuk bentuk yang ku mahu. 
Lantas laju, 
Tangan melakar lakaran difikiran
Biar indah yang putih itu, 
Disulamkan keceriaan 
Dengan corak polkadot warna-warni. 
Asalkan, tiada lagi titik hitam. 
Tiada walau setitik pun bintik hitam. 
Kerana aku mahu kanvas putih itu, 
Kekal ceria dalam suci. 

Jika diizinkan Tuhan, karna aku cuma merancang :) 

Seketul post disaji bersama rendang malas.

Hai.
Hehehehhehe.
Aku cuma mahu ucapkan yang,
Aku akan mula sambung semester 5!
Yayyy!
Tiada lagi cuti.
Aku rasa cuti juga berikan aku writer's block.
Tiada idea.
Kisah-kisah yang sepatutnya aku kongsikan aku simpan aja.
Entahlah.
Rasanya aku tak rugi kalau berkongsi.
Tapi, itulah.
M a l a s !
Hehehe.
Harapnya idea tak lagi ditapis.
Moga tak terperangkap dalam kontinuum idea-mimpi.
(Bacalah Stereo Genmai kalau mahu belajar apa itu idea mimpi)

Hehehe.
Okay bai.  Sorry post ini kosong.
Tiada kena mengena dengan Najwa Latif pun.

Assalamualaikum!

05 January 2013

Wrath.

Those writhing in your heart.
Slowly it builds up.
Eats your sanity.
Climbs after your innocence.
Whispers deep into your conscience.
Makes you wonder.
Makes you question.
Until you're lost in your own puddle of thoughts.
What's right?
What's wrong?
Who are they?
Who am I?
No more white, it's all black.
No more oxygen, they're all poison.
Everything's poison.
You're violating your own violence,
It gets out of control.
And then it bursts out of you.
Wrath.
Your wrath.
Towards me.