nurulmuna yem nurul muna yem nurulmunayem
nurulmuna yem nurul muna yem nurulmunayem

03 June 2012

Bulan.

"Awak, kalau rindukan saya, tengok bulan."
"Kenapa? Bulan tu buruklah, buat apa nak tengok?"
"Awak, bulan itu sama walau di mana kita berada. Kita tengok bulan yang sama."
"Ah, apa-apa je lah kau ni."

Dingin. Sejuk. Memori, cengkam tulang. Peluk dari belakang.
Keji.
Memang itu sifat memori gelap. Mendinginkan hati yang sepi, biar beku.
Benci. Kenapa perlu hadir, sepi?
Boleh ditepis kah? Boleh dibuang jauhkah?
Tidak. Ada saat-saat kita keseorangan. Sepi meneman.
Memaafkan itu, mudah.
Melupakan itu, payah.
Sejak saat aku menoktahkan perasaan dari berjalan,
Sejak itu memori makin mencengkam akibat kesepian.
Kini.
Aku tak sepi lagi. Aku dah punya penenang hati. Hatiku tidak lagi beku.
Cuma disejukkan harapan dari Iman.
Aku mahukan kemaafan dari kau, dan aku mahu memaafkan kau.

Mungkin bukan itu apa yang kau mahu.
Mohon kau berikan aku peluang,
Kalau aku masih layak menjadi sahabatmu.
Meski bukan untuk berkasih, sudah lama aku redha.

Kini aku mahu ada jambatan maaf antara kita.

InsyaAllah, ini permintaan aku.