nurulmuna yem nurul muna yem nurulmunayem
nurulmuna yem nurul muna yem nurulmunayem

31 May 2012

Timbangtara.

Dalam setiap dasar, perlakuan yang kita lakukan. Semuanya berlandaskan niat.
Niat itu, punyai hala tuju. Dua sahaja pilihannya.
Sama ada niat yang baik.
Atau niat yang buruk.


Semua sudah tertulis. 

Kalau niat kita baik, pastinya hasilnya juga baik. Walaupun sesukar mana jalan yang perlu kita tempuh untuk mencapai niat kita itu, tapi pengakhirannya tak akan sia-sia. Jawapan setiap niat ada bersama-sama jawapan Allah swt terhadap doa kita. Kuncinya ialah untuk berdoa. Rendahkan diri, buang sifat angkuh, sombong, riak, dengki, dan angkat tangan kerana itulah nilainya martabat seorang hamba. Semuanya pasti akan menjadi lebih baik dan tiada penyesalan. Iman bertambah, bonusnya. Pahala berganda, ganjarannya.
Itu niat berlandaskan kebaikan.

Tapi, lain jadinya kalau niat kita tak baik. Niat yang buruk, busuk, mementingkan diri sendiri, dan tidak bertanggungjawab. Senang sekali jalan kira untuk menyelesaikan dan mencapai niat ini. Tak perlu dicari formulanya, dibisikkan sahaja, laju, oleh sang Iblis. Maka bergeraklah sang hati yang buta, tanpa pegangan iman yang kukuh, yang semakin goyah, semakin hampir untuk sujud menyembah lantai. Dosa, meresapi hati yang kian kelam.
Itu niat berlandaskan keburukan.

Sejauh mana kita melangkah, pasti diselitkan niat. 
Sudah dewasa. Sudah pasti kita sudah merasa, apa ganjaran yang kita kecapi dari kedua-dua jenis niat itu.

Seperti aku. Niat burukku diakhiri penyesalan, jijik dengan diri sendiri yang dipenuhi bisikan Iblis, syaitan yang direjam. Tapi aku bingkas berdiri dan berdiri, meskipun aku sering jatuh dan jatuh ditolak kembali menjauhi Penciptaku. Aku bangun merangkak, tandus mengelilingi, tanpa hati yang kuat. Tapi iman aku menolakku berdiri. Taubat aku memberi dorongan berlari. Aku insan lemah, hanya mampu membuahkan sesal. Mengqada'kan amalan.
Niat baikku insyaAllah didorong Allah, dikurniakan rahmat menyejukkan hati menghadapi kesusahan dan bertemu kejayaan. Tak seberapa, tapi cukup untuk aku menghapuskan riak dan angkuh.

Aku pasti aku akan terjatuh lagi. Tersungkur.
Syaitan tidak merasuk cuma aku. Juga mereka sekeliling aku. Jadi tempiasnya pasti.
Tapi kali ini aku mahu lebih bersedia, lebih mengerti, lebih matang.
Agar aku tidak ditertawakan sang Iblis yang direjam.

Kini. Niat aku, lillahita'ala.

Ayuh, imbangkan niat dan amalan. 
Kita perlu mula sekarang. Bukan semasa Hari Pembalasan.
Di mana buku hisab diterima dari tangan kanan atau kiri.
Di dunia, amalannya. Di akhirat, penentunya.
T_T

Jom let's cuba try test! Malaysia boleh!!!