nurulmuna yem nurul muna yem nurulmunayem
nurulmuna yem nurul muna yem nurulmunayem

21 March 2012

Tidak semua patah tumbuh hilang berganti.

Pada dia,
Bahasa kita semakin pudar. Bahasa kita semakin jauh ditinggalkan. Bahasa kita semakin kabur dilindungi awan.

Pada dia pula,
Bahasa kita takkan pernah luntur. Bahasa kita harus selalu dimartabatkan. Bahasa kita bukan untuk dijajah.

Dan kini timbul pula isu tentang kita,
Kita yang tidak mahu mengenali bahasa.
Kita yang menolak mentah idea sayangi bahasa.
Bagi kita, bahasa itu sudah lali digunakan.
Saat kita lahir, saat kita membesar.

"Aku nak guna bahasa penjajah pula."

Tapi aku lihat,
Apa kau mampu gunakan bahasa itu sepenuh jiwa?
Apa kau mampu katakan bahasa itu kau yang punya?
Apa kau mampu gunakannya setanding dengan pengguna bahasa pertamanya?
Apa kau mampu mengenali selok-belok tatabahasanya?

Jangan terlalu bangga.

Kerana tidak semua yang patah akan tumbuh semula. Tak semua yang hilang akan berganti.

"I feel stupid when I speak Malay." 

Biar orang macam kau lupus, dari bahasa kesayangan aku pupus.

Our fear.

"Aku takut. Kalau aku salah, aku takut."

Haih. Itulah kita. Kalau bab takut je mesti nombor satu. Kita sebab aku pun sama macam tu. Kita ialah kau, aku, dia.

Tapi kita boleh bangkit balik dari rasa takut tu kalau ada dorongan.

Dan untuk menjadi dorongan kita kena berani.
Untuk menerima dorongan kita kena takut.

Bila kita berani, jangan pandang belakang lagi.
Bila kita takut, jangan bagi jatuh lagi.

:)


Sebenarnya dalam diri kita, kitalah si penakut dan kitalah juga si dorongan itu.

Tapi majoriti dalam diri kita ialah apa? Kalau aku, akulah si penakut itu. Aku sedang mencari dorongan.

Mungkin aku sudah jumpa.

Kau? :)