nurulmuna yem nurul muna yem nurulmunayem
nurulmuna yem nurul muna yem nurulmunayem

01 January 2012

Selamat datang 2012 :)

Assalamualaikum :)

Dah berakhir dah tirai tahun masihi, tahun 2011. Selamat datang 2012, wah nampaknya semua orang masih fresh-fresh, berseri-seri dengan azam baru masing-masing. Saya pula, masih seperti biasa. Meneruskan azam yang dilakukan pada masa lalu, dan datang dengan azam-azam baru. Alah, azam kita semua kan sama sahaja, untuk menempah tiket ke syurga Allah Ta'ala? InsyaAllah.

Azam baru 2012 :')
Jadi pada tahun baru masihi ini, let's just forget the past and move forward. Forget the sins, forget the wrongdoings, and forget what the shaitaan reminds you of your past. Bila kita ingat dosa-dosa lama kita, mesti kita terfikir: "Allah mesti tak terima aku lagi, sebab aku dah banyak buat dosa." Lantas kita pun macam dalam satu 'comfort zone' yang diukir sarangnya  oleh syaitannirajim untuk terus melakukan dosa. 'Comfort zone', macam dah lali dengan dosa sendiri so kita secara tak langsung keep doing it.  Ah, jangan ego sangat untuk menidakkannya. Aku pun macam tu juga. Sebab tu aku tulis, untuk aku ingat :) Allah itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, Maha Penerima Taubat. Simple je. Kau malu nak bertaubat, kau rugi BESAR PUNYA. Yu chuz. Jadi mari! Mari kita buat tahun baru sekali. Kalau tak sempat buat masa Awal Muharram dulu, buat sekarang pun jadilah. Perbetulkan resolusi kita untuk kembali menempah tiket ke syurga.

Pada pandangan aku yang sering terjatuh dalam kancah dosa dan alhamdulillah akan aku gagahi diri aku untuk bangkit (walaupun lembab macam PC yang ada RAM negative1GB), ya, itu semua daripada kata-kata syaitan. Kita perlu berubah. Dari buruk ke baik. Jangan tunggu nanti, nanti itu bila? Kalau esok kau mati? Pernah tak hati kau menangis bila kau fikirkan saat kematian kau akan menjelang esok sebab hati kau sudah kelabu, penuh titik-titik dosa yang hitam? o___o-

Subhanallah Maha Suci Allah, Allah itu Maha Mengampuni. Ya, memang, hanya apabila matahari terbit pada sebelah barat, kita dah tahu akan berlakunya kiamat. Pada ketika itu, pintu taubat is closed! Sorry the number yu has dialled is no longer in service. Bila kita dibisikkan syaitan: "Lambat lagi..." Dan kita pula sekali lagi masuk dalam 'comfort zone', kita terfikir pula: "Alah, mesti lama lagi punya nak kiamat. Wat lek wat pis! LET'S PARTAY!" Tapi siapa tahu kuasa Allah? Kalau minggu depan? Esok pagi? Pergh. Mampos...

Kalau kita mati biarlah kita mati dalam keadaan bersedia. Jadi jom, kalau tak kiamat besar, kiamat kecil (mati) pun jadilah. Jom ah cepat ah weh jom jom kita prepare, bukan prepare untuk BBQ tapi untuk mati esok lusa tulat tubing. Lepas tubing, tebang.

Aku harap aku tulis ni bukan sekadar tulis. Tapi untuk mengingatkan diri sendiri.  

Sebenarnya wa nak tulis apa jadi kat 2011 kat sini tapi macam lari topik pulak nanti wa buat post baru ah hahaha lawaknya kbai