nurulmuna yem nurul muna yem nurulmunayem
nurulmuna yem nurul muna yem nurulmunayem

29 April 2012

Refleksi

Mungkin aku terlalu sedar untuk disedarkan.
Mungkin aku terlalu dekat untuk didekatkan.
Mungkin aku terlalu diam untuk didiamkan.

Tapi tak mungkin aku terlalu kuat untuk dikuatkan.

Aku kuat atas dasar aku mahu untuk kuat,
Bukan kerana aku perlu lemah, hanya supaya boleh dikuatkan.

Bergantung pada sesuatu itu terlalu lemah.

Melihat orang lemah, merupakan cerminan diri sendiri.

R E F L E K S .

Jadi aku perlu merasakan kekuatan. Supaya aku tak lemah.

Dan supaya refleksi di cermin itu tidak mengejek aku.

26 April 2012

{My only one}

Satu-satunya yang mampu meluluhlantakkan.
Satu-satunya yang mampu membuang segala kelopekkan.
Satu-satunya yang mampu menyukacitakan.

Mampu, tapi tak mahu.


A P A B
O L E H
B U A T
?  ?  ?  ?

24 April 2012

Epilog itu lagi.

Aku menjerit di ruang paling dalam, paling gemanya itu kuat.
Paling mampu membuatkan hatiku pekak.

Aku menghidu busuk pada bauan itu yang sungguh manis,
Paling busuk membuatkan mataku berair.

Aku melihat kelam pada cahaya bahagia yang mereka pancarkan,
Paling kelam membuatkan aku melihatnya dengan buta.

Aku tak sedar aku mampu.
Paling tak sedar hingga aku merapu.

Aku tak tahu.
Kau apa tahu?

Bukan aku jenis yang kau mahu.

Bukan kau jenis yang mahu tahu.

17 April 2012

Walaubagaimanapun.

Dalam setiap cerita indah,
Dalam setiap anganan si mat jenin yang meninggi, buta, mengalpakan.
Pasti ada perkara karut yang menghalang si mat jenin 'tuk diukir senyumnya lagi.
Pasti ada carutan yang akan terpacul dari bibir baculnya. 
Pasti ada air mata deras mengalir menuruni pipinya.
Air mata yang membuatkannya rasa.
Kecewa.
Pasti disoalnya di dalam hati,
Wahai Tuhanku, untuk apa kau berikan aku harapan kalau aku akan kecewa akhirnya?

Jawapannya, kerana harapan yang kau harapkan tak disandarkan pada takdirNya.
Sudah tentu kau tak akan mendapat nikmatnya. 
Kerana Dia punya rencana terbesar.
Buat kau yang telah bersabar.
Agar kau tahu apa dia.
Senyum dan rasa.
Gembira.

Kau perlu belajar untuk redha.
Redha pada takdir yang Dia sandarkan untukmu.
Redha pada harapan kau yang tak sandarkan pada takdirNya. 



13 April 2012

Tembak semua.

Pengalaman ialah cikgu yang terbaik. Niat adalah penentu yang terbaik. Ganjaran ialah pendorong yang terbaik.
Dulu aku rasa, aku mahu memberitahu semua orang tentang hidup aku.
Bongkak.
Aku rasakan cuma aku sahaja yang mempunyai masalah dalam dunia ini.
Salah.
Contoh terdekat, lihat saja mangsa peperangan di negara Timur Tengah.
Cukup.
Jadi walau ada apa peperangan melanda jiwa, hingga hatiku penuh berdarah, luka.
Aku salurkan dalam sujud di atas sejadah.
Biar aku serap kekuatan doa aku.
Biar aku kuat kembali.

Doa ialah senjata terbaik.

Dum! Dum! Dum! 

Semua tumbang.

*phew*

10 April 2012

Lalai.

Manusia. Kita selalu ada satu sifat.

Lalai.

Lalai kita, menghanyutkan.

Hanyut kita, mematikan.

Mati kita, dilupakan.

Dilupakan kita, mati.

Lalai.

Kalau kau sudah lalai, bangun jangan terus tersadung.

Aku ada. Aku akan tarik kau dari lalai.

Kalau kau dihanyutkan di hadapan aku.

Aku tarik kau.

Biar kita sama-sama lalai.

Biar kita sama-sama mati.

Tapi aku tak nak hanyut.

Sekurang-kurangnya, bukan keseorangan.

Jangang.

Hitam juga kau kenang.

Jangan, sudah aku bilang.

Kau, tak mahu rasa tenang?

Kau masih mahu hilang?

Jadi untuk apa aku datang?

Sekadar tempat kau mencari girang?

Kemudian kau resah, mahu seorang?


05 April 2012

Pelangi

Di hujung jalan itu ada tiga warna yang pasti.

Hitam, kelabu, atau putih?

Di sebalik beribu warna yang ada

pada roda warna yang menghiasi sepanjang jalan,

kita masih perlukan satu warna.

Iaitu putih. Biarlah putih itu menjadi

warna yang paling menyerlah.

Bukan kelabu.

Dan bukan hitam.

Girang.

Hujan datang,
Kau jalan
perlahan aku ikut di belakang.
Lopak air, kau pijak.
Pusaran tercipta.
Lopak sama aku pijak,
Tidak sama pusarannya.
Pusaran aku tidak sehebat pusaran kau.

Tapi apa maknanya semua itu?
Matahari akan muncul.
Mengeringkan semua basah.
Di jalan.
Di bumbung.
Di takung.
Dan di pusaran.

Dan aku girang kembali.

Kerana matahari pun memihak pada aku.

03 April 2012

Tiada apa.

Aku cuma gadis.
Seorang.
Satu hidung, berlubang dua.
Bermata dua, beralis sederhana.

Aku tiada apa.
Sekeping hati, cuma.
Sebaris senyum, cuma.
Sebuah suara, cuma.

Apa aku tahu?
Aku tahu apa aku tahu,
Aku mahu apa aku mahu,
Aku kongsi apa aku kongsi,
dan
Aku buat apa aku buat.

Tiada siapa penentu.
Mungkin dunia tidak mahu lihat aku yang jujur.
Biarkan.
Aku cuma mahukan aku yang jujur.

Kerana tak mahu aku jijik,
Dengan diri sendiri.
Kerana aku.

Aku tiada apa.

Wangi itu harum.

Salam semua.



Aku punya satu lagi ulasan tentang buku yang aku baca.
Kali ini nukilan ikhlas daripada penulis comel bernama Wani Ardy.
Wangi kan nama itu? Sewangi tulisannya!

Buku yang ditajukkan Langit Vanilla itu sudah pastinya penuh dengan wangian harum puisi dan prosa dan nukilannya yang sesungguhnya dari sudut hatinya paling dalam.
Bagaimana aku tahu?

Kerana dapat dicari keikhlasannya menulis dari tulisannya.

:)

Mari aku petik sedikit tulisannya,
"Kita akan jumpa semuanya kerana kita
mencari"
 Sebenarnya buku ini belum habis lagi aku baca. Aku teruja menulis ulasannya kerana aku pasti, yang selebihnya yang belum aku baca, pasti tulisan-tulisan yang wangi juga.

Jadi, cepat ambil peluang untuk membelinya kalau anda terlihat ia terjual di mana-mana!
Harap-harap ini cukup untuk menunjukkan yang buku ini berbaloi RM20 yang tidak seberapa itu.

Cepat!

:)

Atau tekan sini --> [untuk pembelian online]


02 April 2012

Review Vol. 1: IFall from IRise Chronologies

:) 

Salam semua. Kali ini penulisan aku beralih arah sedikit, aku mahu menulis ulasan tentang sebuah buku yang aku baca baru-baru ini. Buku ini berjaya membuka pandangan aku tentang apa itu cinta dan bagaimana cara kita menghadapi saat kejatuhan kedalam lubang yang kita sendiri gali, iaitu lubang cinta. :) 

Pergh! 

Haha. Okay, jadi sebenarnya buku IFall ialah buku pertama daripada siri yang diterbitkan oleh Kerat Studio melalui siri IRise: The Chronologies. Ada empat lagi buah buku bakal menyusul, iaitu IWeep, ISedate, IRetaliate, dan IRise :) Nak tahu kenapa dan apa signifikannya kepada penggunaan huruf I dan tajuk buku? Dah macam produk Apple, bukan? Haha. Tapi bukan. Jadi anda haruslah capai satu naskhah dari Kerat Studio untuk tahu apa jawapannya :) 

Buku IFall buku pertama yang aku baca selepas ke Boco.
Siri ini semuanya tentang cinta. Sebab itu aku tertambat untuk membelinya setelah dipujuk oleh kakak comel yang mempromosikannya kepada aku dan kawan semasa di Pasar Boco di Gravy Baby, Shah Alam pada 31 Mac tempoh hari. 

Bagi aku, kisah cinta terlalu banyak dijadikan sebagai tajuk utama dalam alam penulisan. Jadi apa ada hal dengan buku ini? Lantas aku baca huraian tentang buku ini di kulit belakang, dan aku akui, ia berjaya buat aku tertarik. Ada satu 'quote' di dalam Bahasa Inggeris, "Fall aplenty, rise wholeheartedly." Maksudnya, Jatuh dengan banyak kali, namun bangun dengan sepenuh hati. Haa! Apa itu tidak cukup osem ke? 
 
Dan tentunya buku IFall memperkenalkan kisah cinta yang digarap baik oleh para penulis, yang bijak menulis madah dengan medium-medium berlainan demi menyampaikan mesej yang sama, iaitu jatuh cinta. Ada yang menggunakan medium prosa, puisi, komik, juga kispen (kisah pendek). Menarik tak? Menarik tak? :D

Dan melalui buku ini, aku dalami watak dan peristiwa yang digarap oleh 21 orang penulis kreatif, dan berbagai rasa dapat aku rasai. Dapat merasakan tulisan mereka yang berjaya membuahkan perasaan sayu, sedih, geram, dendam, dan banyak lagi. Semuanya dapat aku kaitkan dengan perasaan aku sendiri, ah. Perempuan memang suka membiarkan diri dikawal emosi :) Tapi ya, aku disentuh dengan tulisan (dan lukisan) halus para penulis. Sampai menangis! Hihi *segan* Tahniah aku ucapkan pada mereka ^_^ 

Ulasan harus ada sisi positif dan negatif, bukan? Jadi sisi positif sudah melebar, sisi negatifnya ialah: err. Apasal susah sangat soalan ni? Takde soalan lain ke? Next!

Haha :p 

Bukan mudah untuk mengalirkan emosi dan imaginasi dari hati pada pena dan akhirnya pada buku ini. Tahniah, para penulis. *tepuk tangan*

Dan Kerat Studio, anda berjaya membuatkan saya menanti empat lagi susulan kepada IFall! :)

Tak sabar rasanya nak susun buku dan lihat tulisan I R I S E terbentuk.

Pengajaran yang aku telah dapat daripada buku ini? Walau sedalam mana pun engkau jatuh, kau perlu tahu bahawa kau perlu bangkit. Sekurang-kurangnya, bersuara supaya ada yang akan dengar jeritan kau meminta bantuan dan membawa kau keluar dari lubang itu. 

Pergh lagi sekali. 

Di sini aku sisipkan gambar bait-bait yang aku sukai dalam buku IFall ni.

Burung Kertas - Izza

Cerita Satu - Amiey White 

Manusia Ferumoksida Sebenarnya - M. Faiz Syahmi
Ah, indah. Ya, tulisan itu indah. Lagi-lagi bila ia terkena tepat pada hati. Dapat kita rasa betapa indahnya perasaan cinta kurniaan Ilahi :) 

Cukup sampai sini ajelah ulasan buku ini. Kalau aku ceritakan semua, tak perlulah kalian beli, kan? Haa. Hehe.

Kepada yang berminat untuk dapatkan naskhah IFall sendiri,
DAH SOLD OUT! HAHAH *gelak pontianak* 
Okay, aku kejam. 
Boleh klik dan intai link ini -->  [link]
Buku ini akan dicetak lagi, jangan risau.
Orderworder saja~
Pasti temu jodoh sama buku ini. Pasti.

Okay bye! 
Sokonglah penulisan indie. Kerana yang bersuara berani dalam lautan suara yang lain itu pasti ikhlas.

Tersadung.

Kadang aku yang lemah. Kian dihimpit dinding dunia.
Dada terasa sempit.
Mata kian berair.
Jantung makin mengencang.
Ruang di hadapan yang luas, makin dipenuhi gas busuk.

Lalu aku sujud.

Hanya tinggal ruang untuk aku sujud.
Dinding kian menyempit.
Lalu aku sujud, sedalam sujud aku titipkan tangis dan rayu,
Serta doa dan harapan,
Diulit sesal dan taubat.
Dan di dalam sujud,
Tiada bau busuk.
Pandanganku tidak terbatas.
Mataku tiada pedih lagi.

Dan bibirku mengukir senyum.