nurulmuna yem nurul muna yem nurulmunayem
nurulmuna yem nurul muna yem nurulmunayem

30 March 2012

Hamba abdi.

Bila kita sedar kewujudan rahmat Allah,
Kita akan mula membuka mata untuk memeluk agamaNya.

Kita sudah dilahirkan sebagai Muslim.
Namun kita perlu membentuk diri menjadi seorang yang Mukmin.

Kita tak boleh menyoal betapa salahnya jalan hidup kita kini,
Yang tidak mengikut perancangan diri.
Kerana perancangan Allah swt itu sentiasa sekali sempurna,
Yang membantu melengkapkan keperluan diri.

Jangan persoalkan hal hitam yang lepas,
Kerana yang hitam itu pasti berubah menjadi putih.
Sama ada ia berubah menjadi kelabu dahulu,
Atau sama ada ianya terus menjadi putih.

Kuasa Allah.

Semuanya akan menjadi lebih baik, seandainya kita mempunyai kepercayaan bahawa ia akan menjadi baik.

InsyaAllah.

28 March 2012

Sukar menukar.

Hati aku berubah.

Aku tak berubah.

Hati berubah menjadi lebih cekal. Hati berubah menjadi sesuatu yang aku mahu jadi.

Aku lemah bila ada yang mengusik.

Aku kuat bila ada yang mendorong.

Aku tak berubah.

Aku cuma menjadi diri sendiri, cuma lebih baik.

Tak semua orang mengerti, apa dalam hati aku.

Aku coretkan semua, biar aku mengingati.

Tak mengharap sesiapa mengerti.


23 March 2012

Simpan.

Ada satu ungkapan buat aku terfikir.
Jika seseorang mempunyai keberanian yang cukup untuk bertanya soalan serius, maka anda harus berani untuk menjawab dengan benar.
 Aku berfikir, dan berfikir, dan berfikir.

Dah tak boleh fikir dah.

Perempuan. Berhenti menganalisis sesuatu dengan tahap ekstrem, boleh?

21 March 2012

Tidak semua patah tumbuh hilang berganti.

Pada dia,
Bahasa kita semakin pudar. Bahasa kita semakin jauh ditinggalkan. Bahasa kita semakin kabur dilindungi awan.

Pada dia pula,
Bahasa kita takkan pernah luntur. Bahasa kita harus selalu dimartabatkan. Bahasa kita bukan untuk dijajah.

Dan kini timbul pula isu tentang kita,
Kita yang tidak mahu mengenali bahasa.
Kita yang menolak mentah idea sayangi bahasa.
Bagi kita, bahasa itu sudah lali digunakan.
Saat kita lahir, saat kita membesar.

"Aku nak guna bahasa penjajah pula."

Tapi aku lihat,
Apa kau mampu gunakan bahasa itu sepenuh jiwa?
Apa kau mampu katakan bahasa itu kau yang punya?
Apa kau mampu gunakannya setanding dengan pengguna bahasa pertamanya?
Apa kau mampu mengenali selok-belok tatabahasanya?

Jangan terlalu bangga.

Kerana tidak semua yang patah akan tumbuh semula. Tak semua yang hilang akan berganti.

"I feel stupid when I speak Malay." 

Biar orang macam kau lupus, dari bahasa kesayangan aku pupus.

Our fear.

"Aku takut. Kalau aku salah, aku takut."

Haih. Itulah kita. Kalau bab takut je mesti nombor satu. Kita sebab aku pun sama macam tu. Kita ialah kau, aku, dia.

Tapi kita boleh bangkit balik dari rasa takut tu kalau ada dorongan.

Dan untuk menjadi dorongan kita kena berani.
Untuk menerima dorongan kita kena takut.

Bila kita berani, jangan pandang belakang lagi.
Bila kita takut, jangan bagi jatuh lagi.

:)


Sebenarnya dalam diri kita, kitalah si penakut dan kitalah juga si dorongan itu.

Tapi majoriti dalam diri kita ialah apa? Kalau aku, akulah si penakut itu. Aku sedang mencari dorongan.

Mungkin aku sudah jumpa.

Kau? :)

18 March 2012

Scary movie.

"Weh dia jeling kat aku weh. Apa polak sangat dia tu, tak puas hati cakap depan-depan doe. Nak jeling plak!"
"Pergh tahu takpa seh. Aku memang dah lama, rasa bebannnn bila dia dekat!"
"Aku rasa aku lagi lawa dari dia. Wonder kenapa boyfriend dia boleh lekat"
"Duh! Kau fikir apa? Adalah tu dia kasi makan apa-apa!"
*Dua-dua gelak mengilai dan terbang ke kampung sebelah, mencari mangsa untuk digoda dan dihisap darah.*

Aku dengar. Sengeh, haha.
Teruskan, teruskan membenci. Teruskan!
Ada apa-apa kau dapat? Aku sudah bosan, dengan semua perangai kalian. Ini highschooldrama, namanya.
Mengerti? Mengarut. Cakap pasal orang lain, benci orang itu, benci orang ini. Lepas tuuuuu? Nak kata engkau perfect, tak ada siapa benci?

Sebab itu, aku sudah malas.
Dah lama aku malas begini. Lebih puas bila aku diam dan lihat sekor-sekor, tumbang.

Kemudian aku ketawa, puas.

Aku tak mahu masuk apa-apa drama lagi. Menontonnya saja dah membuatkan aku pening. Bagai berada dalam sebuah bilik yang siling, dinding, dan lantainya berwarna pendaflour. Terang-benderang.

Aku harap. Aku takkan jadi seperti kalian di atas. Lagi.

Walaupun aku pontianak. Aku mahu jadi pontianak yang dah bertobat.

*HEEEEEHEEHEEEEEEEEEE*

13 March 2012

Hias :)


So you decided to see me out of the blue
Should I let you come over
I think you’re doing fine
That girl in your arms
Does she know where you come from

Almost made me move out of town
You don’t want me to be around
But I stayed anyway
Just in case

Finding reasons to hate you more than before
Like how you said you would call
But never at all
Got rid off your number that I know by heart

You left your things at my place
As if I have all the space
Cause you know I don’t mind
Just come back when you think it’s time

I’m all black and white inside
Monotonous from left to right
I decorate my house with things you love
Just in case you show up

So you decided to see me out of the blue
Should I let you come over?
You do this all the time.
You come and you go,
Like I'm nothing you know.
Every time you come back to me,
I'm prepared to watch you leave,
You can't make your mind, though.
About me.

I imagined what it's like,
What if you might leave everything and come home?
But I know that you won't.
Through all I've been through,
I still worry about you.

You're letting go all of your friends.
It's definitely the end,
But you know I don't mind...
Just come back when you think it's time.

10 March 2012

Stronger in each step.


Ini seperti melodi mengalunkan kata yang bermakna, dari seorang kakak. 
Semakin aku menjadi memahami, apa itu seni interpretasi. 
Rasa dan maksud cuba disampaikan. Bukan sia-sia.
Bukan untuk meluah apa kronologi cinta muka buku.
Dan bukan untuk meluah apa itu feeling ada life; parti sana sini.
Tapi ini satu rasa yang kekal, wujud, kita semua boleh rasa berkait.

Bikin hati tenang. Tiada tensi. 
Glad. I ran through this piece of art. Smiled.

Bagi si gadis. Usah jatuh terlalu lama. Bingkas kamu bangun.
Kerana yang menanti itu, menunggu kata putus.
Untuk kita menerus, atau terus menjatuh.
:)

Hey there,


Smile. Chase the happiness.
Whatever it is. That makes you happy.
Chase it.
Until.
Your knees loosened up.
Your feet fails you.
Your body's frail and shaking.
And that smile.
Is in your face.
Chase it down, 
and see the magic that life opens you. 

I like to see you, smile. 

As long as you are, 
I will. 
Say cheese! 

:D

Apa tajuuuuuuuuuk?

Aku cuma insan biasa. Yang tak lekang dari perkara yang biasa. Dan jarang melakukan perkara luar biasa.
[ Luar biasa? Vot du youuh meann? ]
Okay scratch that!

That means. Aku, kau, dia, kita, bukan maksum. Kita tak lari dari dosa.
Tapi it doesn't mean, kita boleh dengan sengaja berbuat dosa.
Entahlah.



Berbeza, kita berbeza. Tapi cuma di mata Sang Pencipta. Kita sebenarnya sama saja. Hamba. Tiada kuasa menghukum.

Aku rasa macam. Dunia ini terlalu penuh dengan perkara yang membuatkan aku berfikir, "Kenapa kau tak berfikir cara aku berfikir? Kenapa cara hidup kita lain? Kenapa kau tak rasa apa yang aku rasa? Kenapa kau itu, kenapa kau ini? Kenapa kita berbezaaaa?"

And so the answers:

  1. Kita punya surroundings, memasing berbeza. A mungkin tinggal tepi laut, B mungkin tinggal tepi highway, C mungkin tinggal disebalik pokok-pokok. Datang bandar, nak belajar. So we meet.
  2. Mak ayah. Mak ayah kerja dah lain-lain semua orang. Income lain. Mind-set dah lain. Family background, siblings ada berapa orang. Competition jugak dalam siblings. 
  3. Wealth and properties. To say in its simplest form, ada orang rasa susah nak dapat sesuatu benda dari kita. Have to struggle. 
  4. Of course, personal preferences. Maksud aku, hah guano neh nak eksepelen. Minat lah, choices masing-masing dalam benda yang interest kita. Ah apa aku cakap melalut ni. Sorry that's the way it is here, heheh. 


And then, jadilah percanggahan pendapat. Tapi semua tu boleh dilakukan dengan penuh rasa hormat. Satu je, kalau kita hormat orang, for sure orang lain akan hormat kita balik. Cuma, tak semua. Mungkin ada yang akan iri hati. Mungkin ada yang tak setuju dengan pendapat kita, perlekehkan ia, and then buat kita rasa murung, sebab tak ada secubit pun tunjuk rasa hormat dekat kita. 

Susah sangat ke? Besar sangat ke kita kat dunia ni nak hukum orang sampai macam tu sekali?
Aku bold perkataan kita tu sebab ianya termasuk dengan aku sekali. Aku pun begitu, terkadang terlepas pandang dengan ketidakmatangan diri sendiri. 

And so. 

Itulah ceritanya sekarang. Kita kena ingat yang ada faktor kenapa kita berbeza antara satu sama lain. Kalau nak ubah orang lain ikut cara kita, boleh, tapi kita ni siapa je pun nak suruh orang pandang kita? 

Bukan senang wey nak terima orang. Tapi kalau kau ada rasa respect kat orang, in spite of diorang punya kelemahan, small matter weh.

Respect: Bukan menunduk tapi menunjuk. Menunjuk yang kita punya maruah untuk dijaga.

Weh. 

Parah dah aku ni. Pukul 2.00 pagi punya melalut memang begini rupanya,
Jadi patik memohon ampun, Assalamualaikum.

09 March 2012

Menyesal!

ALAAAAAAAH KENAPA AKU DELETE POST TUUUU?
NOWWWW. MALAS NAK TULIS BALIK.

07 March 2012

A deleted post.

Sometimes, I wonder.
Bila baca balik post-post lama kan.
Who was it that wrote that post? Aku ke?
Sebab dekat bawah tu dia tulis,


Eeeeeyup, you got it right. Written by Nurulmuna Y? Biar betul? Kau tak salah orang?
Jadi kalau aku delete post-post ni, will I ever get to write that kind of post anymore?
Malu dengan diri sendiri. Sebab dah tak mampu sebegitu lagi laju dan pantas aku menaip. Tidak lagi tepat.
Aku cuba. Ya, I will try okay?

Sebab tu I won't delete those old posts. Kalau dia buat macam facebook, I'll set the privacy to "Only Me". kalau boleh lah kan, tapi ceritanya sekarang tentang benda yang boleh. Dan all that I can do now is, :) let it be where it's supposed to be.
To be my writing muse.
Inspirasi.
So everytime aku nak delete post yang buat my current self insecure,
I will read this post.
Nurulmuna Yem of the future, DON'T DELETE YOUR OLD POSTS! :)
Okay I'm done here.
Bye Assalamualaikum :)

Hi.


It's me, bloggerheads. 
Dah start blogging balik, sebab kerinduan yang teramat sangat :) Post-post lama memang dah lama, berkurun punya post, malas nak update, and so, terpaksa lah meng-hiatus-kan diri from blogger. 
Tapi takpa, I'm back.

With a new link.
And the old posts untuk saya baca as a pendorong semangat, and untuk anda baca kalau mahu :)
Dipersilakan :)

Lately I'm fine je dengan semua percubaan untuk menjadi manusia yang mampu berdiri dengan kaki sendiri. Ya, itulah percubaan yang sedang aku lakukan sekarang. Kita boleh cuba untuk berada dalam kalangan ramai orang, tapi tidak hanyut. And yes, aku tahu semua orang sedang mencuba. Jadi, aku juga. Mencuba :)
KEEP IT REAL yeah allright :) 
Try, trying, trying harder! Weehoo! Now put your hands up! No matter how smelly your armpits are! 
Haha stupid joke, I know. 
So yeah. Welcome back to the blogger world, Muna. *Pats own back*

Chow lu, Assalamualaikum and keep it real :)