nurulmuna yem nurul muna yem nurulmunayem
nurulmuna yem nurul muna yem nurulmunayem

28 December 2012

Pilihan kamu, sayang.

Mahu terus bersulam duka, atau mahu lihat dunia dan menari atas rahmatNya?
Dunia ini cuma platform. Yang panjang.
Buat kita, menuju ke destinasi satu.
Kamu pasti tahu, kan?
Ingatlah.
Sesedih mana kamu, ada yang lebih sedih.
Selemah mana kamu, ada yang langsung hilang kudrat.
Sedalam mana kamu jatuh, ada yang langsung tak mampu bangun terus.
Jadi.
"Nikmat mana yang kamu dustakan?"


Dusta berarti menyembunyikan kebenaran. Manusia sebenarnya tahu bahwa mereka telah diberi ni’mat oleh Allah, tapi mereka menyembunyikan kebenaran itu; mereka mendustakannya! - Putra Martapura Blog
Tuhan sayangkan kita semua.
Dan KITA seharusnya menyayangi satu sama lain.
Syaitan itu sentiasa menghasut. 
Kita boleh terus mahu dalam kekosongan, dalam bilik konkrit segi empat tiada bertingkap, tiada berpintu. 
Tapi ALLAH sentiasa ada walau dalam apa jua kondisi kita, di mana pun lokasi kita.

Ingat. 

Kita semua perlu tuju khusnul khatimah, walaupun maknanya mengorbankan perkara yang paling kita sayang.
Kerana memberikan apa yang paling kita sayang itu ke jalan Allah, berarti kita sudah cukup dengan cuma Allah.Yang PALING kita sayang.

Moga kita tuntun hati-hati kita, bersama, ke situ.
:')

ps: Penat kan? Setelah segala tangis di dunia, segala duka, jerih payah, sebenarnya kerana Allah sayang kita. Kerana pengakhirannya syurga insyaAllah. 

08 December 2012

Ujian tanda kasih :)

Saat duka mula cuba untuk bertaut semula, aku tepis.
Aku bawa lari diri aku ke medan putih semula.
Di mana semuanya jelas.
Dan yang di belakang cuma muncul sekilas, memberi peringatan.
Kembali senyum.
:)
Kalau Dia di atas sana tidak sayangkan aku, mana mungkin dia sudi uji?
Seperti ibu bapa.
Kalau mereka tidak mengajar kita cara menjalani hidup, pasti sayang itu tidak ada buat kita, anak-anak.
Bergembiralah kerana diuji :')
Semuanya jelas kini.
Syukur.
Dan sesungguhnya kebaikan tanpa niat ikhlas itu sia-sia.

06 December 2012

Tiada tajuk, sekadar luah rasa hati.

Mungkin kau petunjuk, aku perlu dekatkan diri dengan misi aku sendiri. Dengan perperangan aku sendiri. Dengan perjuangan aku sendiri. Biar aku sendiri kerana yang terbaik jadi apabila aku sendiri. Mungkin kau punya semua yang aku mahu kerana kau petunjuk supaya aku tidak akan jadi seperti kamu. Akhirnya, aku terlepas pandang. Ini semua terjadi kerana adanya kasih yang Dia masih unjurkan buat aku. Menyesal, iya aku menyesal. Aku telah ikut kata hati jadi aku nyaris mati. Namun syukur. Ada tangan-tangan suci yang sudi menarik aku. Mungkin kerana mereka tidak tahu akan dosa-dosa aku. Pastinya jika mereka tahu, aku sudah merasa neraka dunia. Mungkin. Kita semua berdosa. Iya. Tapi dosa itu bukan untuk diunjurkan kepada manusia lain, sekadar berkongsi? Tidak. Cuba kau bilang, kalau kau tahu akan dosa seseorang kerana mereka mengkhabarkannya pada kau, kau pasti syaitan menghasut kau mampu tepis? Memegang rahsia satu ujian besar. Pastikan kau beritahu pada yang benar-benar arif. Atau lebih baik, mengaku dan sujud pada Dia di atas sana. Kau fikir kalau manusia mengecewakan kau, manusia jua yang mampu membahagiakan kau? Tak semestinya. Kini aku mengeluh lagi. Kadang rasa dosa yang kita lakukan itu sumpahan. Ianya dugaan. Aku belum cukup belajar dan masih merangkak menuju langit Ilahi. Masih aku leka dan lalai dalam perjalanan. Masih. Tapi syukur akan tangan-tangan suci itu. Aku mahu mereka selalu. Aku mahu menjadi seperti mereka, teguh dan tidak seperti lalang yang sering berubah pendirian. Aku akan cuba. Aku perlu cuba. Mohon doa kalian ya? Mari doakan sesama kita supaya kita tidak leka tergelincir ke neraka. Di dunia dan akhirat. Amin...

04 December 2012

Petik lampu biar terang, walau...

Semakin lama semakin suram.
Masih ada masa untuk mencuba, tapi masa juga akan pergi.
Seperti abu-abu.
Seperti layang-layang terlepas talinya.
Dipegang erat jua andai terleka, akan terlepas dari tangan.
Sesuatu yang pernah dahulu penuh dengan keyakinan.
Tapi tiada lagi.
Angkara masa atau entah, takdir, barangkali?
Ada beraneka soalan mahu aku unjurkan tapi entah siapa punya jawapan?
Mungkin tidak perlukan jawapan.
Mungkin lebih baik digantung begitu saja.
Sebaik-baik penamat.
Mungkin.
Dan aku dengan penuh keyakinan, terima.
Supaya aku mampu senyum :)

03 December 2012

Awas: Perlahankan Kenderaan. Pemeriksaan Polis Di Hadapan.

Kau tahu?
Bila roadblock: perjalanan cepat akan jadi lambat.
Ada kereta ditahan di tepi.
Ada yang dilepas pergi.
Ada juga yang disoal-siasat.
Aku pula, masih jauh di belakang.
Menunggu yang aku rasa hasilnya aku bergerak cuma 1cm sejam.
Ish, aku dah lewat ni!
Getus hati.
Dan itulah yang berlaku dalam kepala ku.
Road block.
Idea-idea aku ditahan oleh entah-apa-apa, aku tak tahu.
Yang aku tahu,
Aku tak tahu nak tulis apa. Hihihi :p
Inspirasi. Hadir cepat!

12 November 2012

L O N E S T A R



Kau tahu apa itu lone star? Lone star itu satu bintang terang yang menyinari langit. Satu-satunya bintang di langit, namun ianya terang. Ia terang, dan sentiasa menemani engkau.

Lone star itu satu bintang di langit, yang kau tahu kewujudannya saat kau sendiri kesepian. Kalau kau tidak kesepian, mana mungkin kau dapat merasakan keberadaannya di langit? Mana mungkin kau dapat tahu bahawa ada satu entiti lain yang juga kesepian, kalau kau tak mengerti apa erti sepi itu sendiri?

Dan aku sekali lagi mahu mengatakan bahawa sepi itu bukan untuk dibawa pergi.
Sepi itu sentiasa ada dan menemani, cuma kau sahaja yang tidak merasainya.

Sepi itu merupakan teman sejati yang sentiasa dekat dengan engkau.

Kalau kau intai langit dan kau lihat, tidak ada sebarang walau satu pun lone star. Langit yang kau lihat itu, kosong. Tapi cuba kau ubah posisi dan kau pergi ke tempat lain, di bawah langit yang lain. 
Pasti kau akan jumpa peneman di langit itu. Di satu sisi langit mungkin kau keseorangan. Di sisi lain, kau pasti berteman.

Langit itu luas. Tak mungkin kau tak akan jumpa lone star yang aku perkatakan.

Lone star itu, macam aku...

05 November 2012

Bisikan pedas buat mereka yang riak angkuh sombong.

Cukupkah kebaikan yang kau lakukan selama ni?
Amankah dunia dengan perkara-perkara yang sedang kau lakukan?
Putih dalam hati kau itu, apakah ia kekal sepertimana saat kau baru dilahirkan?
Cukup putih?
Cukup aman dunia engkau?
Cukup lengkap kebaikan kau taburkan?
Jawapannya. Pastilah TIDAK, kan?
Sebab ITULAH. Aku dapat lagi lihat kau ligat mencanangkan betapa buruk hari kau pada mereka yang tak peduli.
Sebab itulah. Ketenangan tak pernah kau kecapi.
Kemenangan kau, cuma sekejap-sekejap.
Kalau kau dapat abdikan diri menjadi HAMBA,
Cuma 5 kali sehari!
Pasti kau akan dapat genggam dunia dalam tangan,
Setelah kau tetapkan pandangan kau ke Jannah.
Hei manusia.
Kau letaklah sepenuh hati kau pada sang manusia lainnya.
Nescaya kau akan kecewa.
Kerana mereka seperti kau. Lopong sini sana.
Tolonglah sedar. Kau, manusia. Mereka, manusia.
Saat hilang cinta mereka pada kau, sisa cinta kau yang masih ada, mana kau nak letak?
Jadi BELAJAR.
Dia, Dia Yang Di Atas Sana, jatuhkan dugaan buat kau dari atas.
Supaya dapat kau lihat betapa rendah taraf kau di dunia ini.
Tapi kalau dengan Dia di sisi,
Kau akan dapat lihat betapa Dia sayangkan kau selama ini dengan kurniaan yang Dia limpahkan, walaupun kau sedang membelakangiNya.
Sedarlah.
Kau, hati kau, cuma boleh pilih SATU. TAK MUNGKIN bahagia hidup kau kalau kau belah hati kau kepada dua. Atau tiga atau lebih.
Jadi kau letaklah Dunia dalam hati. Maka dunia saja yang akan kau dapat.
Tapi andai kau letakkan Akhirat dalam hati. Maka dunia DAN Jannah menjadi milik kau!
Sedarlah, wahai panda-panda dan manusia-manusia.
Ikhlas, cik Panda-separuh-manusia-yang-tersepit.

04 November 2012

Ianya jadi hambar dan tawar, tiada guna pujuk kau lakar.


Saat aku mahukan sesuatu. Saat itu merupakan sesuatu yang aku terlalu lama impikan.
Aku tertanya mengapa bukan aku yang mendapat.
Dan ya, pedih, bila bukan aku yang mendapat.
Tapi itu cerita lain.
Kenapa perlu semua aku buat, menjadi ikut jejak?
Saat semua aku minat engkau turut minat malah engkau seperti lebih minat?
Entah.
Bukan kau tak tahu. Rasa jengkel yang hadir bila orang meminati apa yang kau lebih minat?
Serasanya mahu saja aku jegilkan mata dan sebut, "Jangan kacau, itu milik aku!"
Tapi tak perlu aku rasa.
Aku dewasa. Kau dewasa. Dia dewasa.
Kau fikir sendiri.
Terima kasih. Aku rasa hambar terhadap apa yang aku mahu sekarang. Terima kasih!

I want to share. Not see all I have being taken away. Stolen.
Take all you want. But there's ONE thing that you can't take from me. 
My pride and price. Geddit? 


Ada senyum terbit saat khilaf menjenguk.

Saat aku kedinginan.
Hujan.
Aku - Musik - Wani Ardy - Reverbnation
*Senyum*
Ada inspirasi hadir.
:)

Hebat mereka yang menulis.
Menyanyi. Melukis. Berucap.
Hebat kerana mampu gerakkan hati.
Umpama amaran dari Ilahi, umpama nasihat dari Dia
Yang ditulis oleh persona-persona yang punya acuan masing-masing.
Kalian bertuah kerana punyai karunia yang hebat!
Setiap satu dari kalian :)

03 November 2012

Panda says thank you :)

Disebabkan kalian selalu ada waktu saya perlukan dorongan positif, ini ada satu hadiah saya mahu kasi.
:) 
Nah sejambak bunga!


Heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee :)) 

Semoga kalian terus menginspirasikan dunia blogger.
Kerana dirimu begitu berharga. Cewah!


23 October 2012

Si bidadari sayang.

Alahai sayang.
Kuatkan kudratmu, luaskan sabarmu.
Engkau pahlawan. Engkau melawan dalam medanmu sendiri.
Engkau inspirasi. Andai kau menang, walau kau kalah.
Sayang.
Jangan berhenti untuk berani.
Jangan berhenti untuk bernafas.
Setiap degupanmu umpama harapan bagi kami.
Bahawa sekecil kamu pun punya berani,
Untuk menghadapi dunia penuh gelora ini.
Andai nafasmu berakhir, akan kami panjatkan doa buatmu.
Kamu berjaya meninggalkan dunia kejam ini.
Sayang, bertahan.
Yang terbaik menantimu :')



Takut, tapi aku berani.

Tidak aku mahu, mati pada hari tua.
Kemudian ditanya Dia apa aku lakukan pada hari muda.
Dan tidak mahu aku lafazkan, "Aku melakukan perkara yang sia-sia."
Tidak aku mahu, mati pada hari muda.
Kemudian ditanya Dia apa aku sangka aku akan punya hari tua?

Sesungguhnya kita tak akan tahu apa yang kita punyai. Apa yang akan mengakhiri hayat. Apa yang akan kita lakukan semasa penghabisan nafas. Tapi kita harus cuba. Cuba untuk melupakan yang hitam dan menggantikannya dengan yang putih. Sesungguhnya pilihan cuma ada dua. Dan pilihan itu membawa kepada dua: Jannah atau Jahannam. Dan pilihan itu, di tangan kita. Peringatan telah diberi. Andai tak kita sahut, terpulang. Andai tergelungsur di tebing Jahannam, maka itulah rumah kita di akhirat kelak. 

Pilih.

18 October 2012

Kempen untuk aku. Kita.

Aku tahu sekarang, tatkala sabar aku menghilang pergi. Kemana ia pergi? 
Aku sendiri lelah mencari, aku sendiri kaget. 
Bersalah, kerana semuanya aku lampiaskan, akhirnya datang sesal. 
Kini aku sedar, kerana sabar itu aku lindungkan dengan kemarahan yang ligat dibisik, didorong syaitan penghasut.
Menjadi khalifah di bumi ini sukar kerana mereka berjanji untuk menyukarkan keadaan. 
Jadi mari aku laungkan hasrat dan niat supaya aku tak terlupa kelak: 
Jangan pernah berhenti melawan hasutan mereka! 
Tatkala mereka mengingatkan aku tentang saat kegelapan, 
dan saat kealpaan aku, akan aku ingatkan mereka akan keadaan mereka kelak di dalam neraka. 
Dan sesungguhnya aku takut. 
Aku tak mahu terbakar bersama mereka :'( 
Jadi moga aku mencari kesedaran bahawa neraka itu bukan tempat orang mukmin. 
Moga KITA, tak berhenti berharap dari semua itu. 
Moga kita semua sedar sebelum kita telat. 

15 October 2012

"Jangan mengucap cinta kerana kesepian.

Jangan mengucap benci kerana murka.

Kerana cinta tak harus diawali dan diakhiri dengan ketidakdewasaan."

:')

13 October 2012

Transisi.

Saat gembira kita akan berbicara dengan tenang, suara direndahkan supaya hati kita saling dekat.
Biar kita saling mengenali dan belajar menyayangi.
Tapi.
Saat marah kita akan berantakan hebat, suara ditinggikan kerana hati kita mula menjauh.
Kita berhenti mengenali dan mula membenci.

Pandangan yang dahulunya redup melihat satu sama lain di sisi, 
Mula menajam bagai setiap yang dilihat itu perlu dirobek. 

Transisi hati.

Entah siapa mampu menduga?

10 October 2012

Pilihan, datang.

Apa-apa pun cuma ada dua.
Untuk setia atau pergi beredar, jauh menjauhi.
Jarak itu didekatkan atau dijauhkan.
Cuma itu sahaja pilihannya.
Mungkin bukan sekarang masa untuk memilih.
Tapi bila tiba masa, pilihan itu akan menjadi tetap.
Tetap ada hati yang akan terluka dengan kedua-dua pilihan.
Kalau diminta pasti mahu sentiasa didekat.
Kalau diminta pasti mahu sentiasa setia.
Tapi itu yang diminta.
Entah-entah, akan berakhir hanya sebagai permintaan yang terbengkalai.
Apa yang ditakuti ialah pilihan.
Tapi pilihan tidak takutkan kita.

02 October 2012

suaraMu

Kita menulis kerana apa?
Untuk menzahirkan apa perasaan terbuku.
Menyuarakan suara yang tidak terluah.
Ikhlas.
Mencari suara-suara lain untuk menyokong.
Menggapai tangan halimunan yang menggosok belakang kita,
Mengatakan mereka merasa perkara yang sama.
Dan kita tak keseorangan.
Sesungguhnya rasa cinta itu ada di mana-mana :)
Di dalam tulisan, lukisan, nyanyian, :')
Jadi Dia di atas sana,
Menulis kalam cinta buat kita,
Kerana dia mahu menzahirkan cintaNya yang tak terungkap,
Dengan cara paling indah dan tegas.
:)

28 September 2012

Terus terang.

Sakit sebenarnya.
Bila orang fikir kita ini "sesat"
Bila kita dianggap tak punya pendirian sendiri.
Bila mereka mengharap kita pun sama seperti mereka.
Sedangkan, mereka?
Sama juga mengecewakan kita,
Tapi masih mengharap kita ini buat yang terbaik buat mereka.
Ah!
Semua itu untuk apa?
Sakit hati, memelihara hati hamba yang lain.
Jadi tak perlu aku lakukan.
Aku tahu Tuhan di atas sana, Maha Mengetahui.
Cukup dia yang tahu di dalam hati aku yang maha penat ini.
Sudah, cukup.

Cermin.

Kadang saat aku lihat cermin.
Sepertinya mahu saja aku capai bayang aku yang terpantul.
Capai, dan goyangkan.
Capai, dan tampar-tampar.
Biar aku sedar.

Tolonglah.

Aku perlu lebih dekat dengan Dia.

*menangis*

Ulang, ulang, hingga berulang.

Saat lidah aku kelu.
Saat jantung aku terlalu deras.
Saat tangan aku bergetar hebat.
Saat itu, aku tak mampu berfikir lagi.
Saat yang cuma perlu aku kenang,
Dengan menulis setiap detik itu.
Dan.
Lagi, lagi, lagi,
Hingga aku lali.
Cumanya.
Aku ini degil, ya aku degil.
Ah, biar. Sekurang-kurangnya aku masih si degil itu.
Moga Dia yang di atas sana,
Tuntun hati aku dengan benar,
Supaya tak lagi aku tersasar,
Walau sasaran aku jelas.
:')

27 September 2012

Harga kasih bagi kekasih.

Kalau kau kata kau sakit,
Semua pernah merasa sakit.
Kalau kau kata kau bahagia,
Semua pernah merasa bahagia.
Entah, aku pula tak suka bercerita.
Biar semua, milik aku, aku yang rasa.
Entah, mungkin bagi aku, cuma rasa itu yang aku ada.
Tapi sekuat mana pun ego aku, akan runtuh jua tatkala getar rasa terlalu kuat.
Saat hati dimainkan, dialunkan oleh satu persatu perasaan yang Dia berikan, yang Dia cipta untukku.
Jadi, sudahnya harus juga aku menyambut seruan untuk kuleburkan setiap rasa yang mengabui hati ini.
Jadi bagi semua yang berada di sisi tatkala aku terjatuh, tatkala aku berasa terlalu jauh dari semua,
Aku terlalu menghargai kalian, setiap dorongan atau cuma kamu berada di situ sepertimana aku harapkan :')
Cuma satu.

T E R I M A K A S I H , S A Y AN G S A Y A N G K U S E K A L I A N : ) 

zura . mas . yani . jay

karra . iman . amy


and of course.
amirah . asiah
Love you people. 
Jazakillahu khairan kathira :')

25 September 2012

Jongos!

Siapa pun engkau,
Kalau engkau dikasihi seseorang,
Tapi kasih itu tidak kau balas,
Kau telah buat harapan dia senyum runtuh.
Walau kau hanya seorang jongos di dunia ini.
Kalau engkau dikasihi seseorang,
Engkaulah dunia jongos yang digenggam si dia.
Dan kau yang jongos itu lah,
Yang menghancurkan dunia jongosnya,
Walau tidak kau sedar.
Hey gadis!
Berhenti.
Gapai yang dihulurkan Tuhan di atas sana.
Gapai, kerana itu yang sedia Dia beri tanpa harapkan balasan.
Gapai, jangan dilepas, nescaya kau akan diangkat disisi Dia.
Bahagia, lihat dunia jongos kau itu lebih besar dari yang kau lihat selama ini.
Disisi Dia, semuanya indah.
Kerana Dia yang hulurkan sakit itu.
Kerana Dia kasihkan engkau.
Supaya kau lihat.
Di selindung dunia jongos yang kau inginkan,
Tuhan di atas sana menghulurkan kasih tak terbalas, biar kau menari bebas.
Sambutlah.
Dia sentiasa ada.

23 September 2012

Ratu di hati :')


Mama.
Tak pernah ada suara yang lebih menenangkan dari suaramu :')
Tatkala seluruh hari hatiku rasa suram, hanya dirimu mampu menceriakan.
Tidakku perlu kehadiran orang sekeliling, bila mendapat panggilan daripadamu.
Bagaimana teruk hatiku terusik, jatuh, pasti mampu dikau mengangkatnya semula.
Sesungguhnya Dia Yang Di Atas Sana menyayangiku dengan mengurniakan Mamaku untuk menyayangiku.
Dan aku, bersyukur padaMu Tuhanku...
Kasihilah dia sebagaimana dia mengasihiku.
Lindungilah dia sebagaimana dia melindungiku
Hanya diriMu yang mampu membalas semua.
I love you,
Mama.

21 September 2012

Menang dan kalah.

Dalam pertelingkahan/perbualan, pasti ada yang mahu menang.
Jadi aku cuma akan mengalah. Dan biarkan.
Biar.
Aku, memang. Akan membiarkan kamu mengalah.
Tak mengapa. Asal kamu senyum.
Sama ada kamu memang lebih gembira daripada aku,
Sama ada kamu memang lebih sakit perit daripada aku,
Biar. Aku memang, cuma insan yang tidak seberapa.
Yang merasa itu aku, bukan kamu.
Tapi tugas aku lebih banyak dari cuma memuaskan kamu.
Tapi biar aku pahatkan di fikiran kamu, tentang satu perkara.
Ada SATU perkara yang tak akan aku biarkan diri aku kalah.
Satu. Perkara. Itu.


Noktah.



Sergah.

Persahabatan itu ada nilainya.
Ikatan. Jalinan. Silaturrahmi. Ukhuwah.
Kau tak mengerti semua itu?
Jadi mari, aku bisikkan:
Ianya tentang memberi dan menerima.
Kalau kau cuma ingat akan apa yang kau terima secara terbuka,
Aku pasti kau takkan ingat siapa yang memberi secara tertutup.
Kau tak tahu?
Kesalahan seorang rakan itu diteladani lantas dilupakan.
BUKAN diteladani dengan cara kau sebarkan kepada semua;
"SI DIA PERNAH BUAT HATI AKU SAKIT PADA SEKIAN HARI"
Bukan!
Kau perlu sedar,
Orang yang kau caci itu satu hari nanti mungkin akan menjadi satu-satunya kawan kau yang kau akan ada.
Kau tak tahu apa jadi pada masa hadapan.
Sekian,
Sergahan untuk hari ini.

20 September 2012

Innocence of Muslim

Baru-baru ini, gempar tentang sebuah video di youtube yang disebarkan untuk menghina Nabi Muhammad S.A.W, Rasulullah kesayangan kita umat Islam semua. Dan natijahnya, banyak orang yang terdiri daripada umat Muslim seluruh dunia telah menunjukkan amarah mereka dengan melakukan pelbagai jenis demonstrasi, menentang, menunjukkan kemarahan mereka, apabila Pesuruh Allah diburukkan seburuk-buruknya! Tapi apakah respons kita terhadap mereka itu sebetulnya menurut apa yang Allah redhakan? Adakah Allah S.W.T berpuas hati dengan amarah yang kita campakkan? Sebenarnya, apakah respons yang patut kita tunjukkan?

Sebetulnya, kita sepatutnya mengasihani mereka yang tak mampu melihat betapa indahnya Islam. Sepatutnya kita cuma mendoakan mereka supaya mereka dapat menemui jalan sebenar melihat Islam yang juga indah. Kita hanya menunjukkan mereka betapa benarnya mereka tentang Islam seandainya kita melampiaskan marah dengan kekerasan. Tidakkah itu apa yang mereka inginkan?

Video itu tak akan mendapat sambutan dan tidak akan mampu menggoyahkan kita, seandainya kita benar-benar memahami erti Islam yang sebenarnya. Kalau kita tahu sebenarnya apa Nabi Muhammad S.A.W ajarkan pada kita tentang perpaduan, video itu tak akan mendapat sambutan walau sedikit pun.

Kasih sayang yang Nabi Muhammad alirkan, janganlah kita siakan. Kalau dia masih ada, pasti dia kecewa :'(

Moga kita tak terus membabi buta melakukan perkara mengikut emosi. 

Minta maaf kalau ada kesalahan dari pihak saya, harap ada yang menegur. 

19 September 2012

Lemah. Lelah.

Setiap kali aku diduga, aku tak tahu sama ada aku mampu biarkan diri diselimuti sabar. Walaupun bahang di luar terasa dan sabar itu mampu menyejukkan, tapi aku kaget. Sama ada aku masih perlu untuk mempertahankan diri di medan membahang itu atau cuma terus sabar. Aku tahu yang baik itu sabar, perisai paling mudah dan paling ringan untuk aku bawa dalam perjalanan ini. Tapi aku tertanya, pedang di kiri dan kanan aku ini untuk apa pula? Aku cuma mahu menunjukkan kepada mereka bahawa aku bukan yang seperti mereka fikirkan. Aku lebih daripada apa mereka sangka. Tapi apabila perisai mereka menghunus dan mencucuk, aku mula jatuh. Jatuh, lemah, remuk, lelah, hancur, berkecai. Jadi siapa aku pada akhirnya? Cuma dia yang tak mahu mengalah dan akhirnya kalah? Lantas aku sedarkan diri dari mimpi dan berhenti menopang dagu. Aku sedar, yang selama ini aku bersabar dan lihat aku di mana dan mereka, mereka di mana? Mereka masih di situ, lorong yang gelap dan sempit itu. Dan aku telah temukan cara yang paling mudah untuk aku menepis mereka yang mahu berperang dengan hati aku: selimutkan hati ini dengan perisai sabar. Moga kita semua lebih sabar dan lebih kuat menempuh semua perit getir ini. Petir akan berlalu dan pelangi akan muncul.

InsyaAllah.


11 September 2012

Pesen lagu tak berlagu.

Entah, malam dingin inspirasi datang mengundang jari menari.

Dah.

Piuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu~

Dia pergi.

09 September 2012

Aku cuma ada satu perkara yang nak aku ucapkan pada kau.
Pergilah.
Walaupun aku tahu, pada satu-satu masa kau akan cari aku semula.
Macam biasa?
Dan macamlah kau tak biasa kan?
Dan okay, aku nak utarakan sesuatu pada kau.
Kalau kau dah rasa sakit yang dia buat kau rasakan,
Kau sedar tak yang kau dah alihkan sakit yang kau rasakan tu
Kepada aku?

Jadi mari, dekat sikit pada aku.
Aku nak bisikkan sesuatu kepada kau.

"Terima kasih, 'kawan'"

08 September 2012

Satu masa itu.

Malam cuma malam.
Siang cuma malam.
Tangis cuma tangis.
Lara cuma lara.
Perit cuma perit.
Masa cuma masa.
Kalau satu hari nanti ada wira hadir,
Biar dia ubah semua.

Eh.

05 September 2012

Allah sayangkan kita.

Aku ada terfikir sesuatu, lewat malam ini. Sesuatu yang ramai orang sudah ketahui.
Kalau kita cintakan Allah, dekatkan diri dengan Allah, dengan seikhlas hati dengan sedaya usaha, ganjaran dia sangat indah. Dia akan dekatkan kita dengan orang yang cintakan Dia sepertimana kita cintakan Dia :') Dan segala perkara lain boleh dilupakan dengan begitu sahaja. Segala keinginan yang hanya akan memuaskan diri sendiri dan menghanyutkan, akan digantikan dengan keindahan yang lain, andai kita sabar. Jadi sabar. Sabar dan jangan mengalah dan turutkan kehendak hati. Biarkan, setiap perkara yang anda rasa salah, hindarilah. Yang tidak mendapat redhaNya, jauhilah.



Moga keberkatannya akan terbias pada ganjaran penggantiNya.
Allahurabbi, Engkau Maha Indah, maka indahilah hidup kami :')

Amin.


02 September 2012

Di hadapan mata.

Hanya kerana seseorang itu sering di sisi buat masa sekarang, tak bermakna mereka tak akan pergi meninggalkan kita di masa hadapan. Hanya sebab kita sayang dan kasih akan mereka, tak bermakna mereka merasakan perkara yang sama. Ada pepatah Inggeris bila di parafrasakan dalam bahasa Melayu, katanya "Bukan kehadiran seseorang itu yang dirasai, tetapi pemergiannya." Jadi kepergian itu satu ilusi atau realiti? Terpulang. Ianya menjadi realiti andai dia tidak lagi kunjung datang. Ianya merupakan ilusi andai dia pergi cuma sebentar. Kalau dia pergi, dia akan pulang pada masa yang betul. Andailah dia orang yang betul buat kita, kita tak akan rasa kehilangan pun. Sebab kalau kita sayangkan dia, kita akan doakan dia. Ingatan terhadap dia tak akan lekang walau sedikit pun. Doa itu penguat ingatan. Doa aku panjatkan. Supaya Allah redha. Amin.

Aku sayang mereka. Noktah.




31 August 2012

Akar kasih.

Tuhan ciptakan kita berperasaan. 
Perasaan terindah mengukir rasa, dirasai sang hati dalam degup.
Jantung berdegup, makin deras, atau seakan mahu berhenti.
Selari dengan perasaan yang dirasai. 
Ajaib.
Tapi setiap rasa yang kita rasakan,
Setiap detik jantung kita berdegup di sebalik belahan dada,
Merupakan rahmatNya.
Untuk kita nikmati hidup, selari dengan belas kasihan Tuhan Maha Esa. 
Jadi hidupkan hidup dengan kesyukuran,
Agar sampai masaNya kita tiba ke pangkuanNya, 
Kita disambut dengan tenang. 

Amin :)

16 August 2012

Fool.

I used to say,
With or without you I'll stay.
Now I know I'm being a fool.
For,
With or without me, you'll go astray.
:)

14 August 2012

Kesibukan melanda

Ya Tuhanku.
Saya sibuk sangat kebelakangan ni.
Masa sangat sempit.
Dan broadband saya rosak :(((((
Sungguh, saya rindu kalian. Dan sangat rindu untuk menulis! Berkongsi dengan kalian semua memang sudah rutin :')
Maaf, kawan-kawan semua.
Selamat menyambut 10 Ramadhan terakhir... :)
Selamat hari raya, maaf zahir dan batin...
Maaf kalau pandangan dan penulisan saya mengguris hati dan perasaan. *lap air mata* Wehehe macam drama swasta pulak dah!
Apa-apa pun...
Moga keberkatan Ramadhan tidak kita siakan.
Dan.
Moga Syawal lebih bermakna bagi kita.
InsyaAllah.
Nanti kita jumpa lagi :'DD
Sayang kamu semua!
<3

ps: Nanti saya follow kalian balik insyaAllah. Lepas broadband saya sihat. Hihi :))
pps: Jangan nakal-nakal! Main mercun jangan sampai hilang jari taw!!! Hehehe.

05 August 2012

Kenangan :)

Bila aku baca balik post-post lama,
Aku senyum sendiri.
Setiap post ada kenangan.
Dan.
Setiap kenangan ada makna.
Saat di mana aku baru nak mula belajar menulis.
Saat di mana aku tak begitu bersemangat untuk menulis.
Saat di mana aku bangkit dari kegagalan.
Saat-saat aku kuat.
Aku rindu aku yang itu.
Tapi benarlah apa mereka katakan tentang dunia.
"Semakin banyak kita tahu, maka semakin besarlah dugaan kita."

Haih. Adakah aku mahu gagal sekali lagi untuk bangkit sekali lagi?
Soalnya... Perlu ke? :)))

04 August 2012

Bukan mainan.

Soal hati bukan soal mainan. Persoalannya tiba bila hati kita terdetik rasa yang tak pernah hadir, rasa unik yang apabila dia hadir dia tak mahu pergi. Dan aku sering ditimpa persoalan-persoalan pelik yang minta dirungkai tapi langsung ianya makin bertambah, adalah. Makanya aku minta pada Yang Maha Esa, jangan diambil kewarasanku yang tenggelam akibat soal hati ini, jangan biar aku hanyut akibat perasaan yang entah akan pergi entah tidak. Berkali-kali dah aku cuba buang rasa ini tapi kalau ianya ikhlas ianya sukar dibuang pergi. Bukan soal ikhlas itu yang menjadi persoalan. Soalnya apa pihak di sebelah sana juga merasakan yang sama, atau apa? Sebenarnya aku dah lali menolak rasa ini pergi dan kadang-kadang aku mampu mengasingkan diri dari setiap pautan yang mengingatkan aku tentang dia tapi tidak, aku tak sekuat itu. Tidak. Jadi soalnya kini aku dah penat menolak sesuatu yang memang aku dah tak berdaya nak tolak. Macam kalau aku membaling batu ke dalam sungai sepatutnya air itu berhenti berkocak selepas beberapa ketika. Mungkin sebab aku menghitung detik supaya kocakan itu berhenti, itu yang aku tak dapat hentikan ia? Entahlah tapi yang pasti aku dah yakin yang soal ini bukan lagi soal yang aku boleh tangani. Ini soal dugaan. Kalau aku tak mampu hadapi persoalan yang aku bakal hadapi, kenapa aku masih mengharap bahawa kocakan ini tak akan berhenti? Sedangkan aku seolah-olah suka akan perasaan ini. Entah, tapi aku juga sebenarnya berharap, kalau boleh, supaya ianya tak lagi mengganggu aku. 

نَعَمْ إِنَّ الْقُلُوبَ بَيْنَ أُصْبُعَيْنِ مِنْ أَصَابِعِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ يُقَلِّبُهَا
Ya, sesungguhnya hati itu berada di antara jari-jari Allah ‘azza wajalla, Dialah yang membolak-balikkannya.

Ya Rabbi, 
Engkau yang mengarahkan hati kami, 
membolakbalikkannya, 
maka apabila usaha telah kami gerakkan, 
kau gerakkanlah hati kami seiring dengan kehendakMu. 

Aminnnnn!

02 August 2012

Rumah.

Rindu nak pulang ke rumah.
Aku tahu jarak aku dengan rumah cuma mengambil masa 1 jam kalau naik bas.
Aku tahu kalau aku malas nak balik abang akak boleh culik aku dari rumah sewa.
Aku tahu di rumah ada banyak peluang untuk solat tarawih berjemaah.
Tapi ruang waktu dicuri.
Oleh tugasan. Karangan. Skrip drama. Karangan. Pelan bisnes.
Oleh tanggungjawab.

Sedih. Realiti, pegang aku erat jangan biar aku hanyut.

"Kalau aku tak kuat Allah tak bagi aku semua ni."
-Wani Ardy.

Kuat k, kuat!

01 August 2012

Rabb, pahit ini perit.

Allah. Kau penggerak. Kau peneraju. Kau terawal. Kau teragung.
Allah. Gerakkan kakiku. Terajui hatiku. Awalkan langkahku. Agungi imanku.
Aku mohon.
Kuatkan aku di balik episod pahit maha menggamit lagi sakit.

Tangis, hentilah kau.
Moga ada jawapan jelas, ada jalan terang, ada penyelesaian cerah.
Buat aku. Buat si dia. Buat sahabat.

Hati, kuatlah kau.
Percayalah palitan-palitan maha pahit itu bakal berganti dengan yang lebih lebih lebih manisnya.

Tangan, geraklah kau.
Biaskan iman pada perbuatanmu, sederhana, namun biar terkesan ikhlasnya.

Agar bisa,
Pergi si pahit. Mari si manis.
Amin.

31 July 2012

Mukasuratmu.

Kalau buku kesayangan dipinjam orang.
Sukar untuk kita rujuk. 
Rasa tak mampu berbuat apa.
Halaman kesayangan yang ditanda.
Hilang begitu saja.
Kalau buku itu milik kita.
Seharusnya.
Dipulangkan kembali.
Kan?

28 July 2012

Contengan di pagi hari olimpik.

Kisah demi kisah demi kisah.
Sakit demi sakit demi sakit.
Perit demi perit demi perit.
Luka demi luka demi luka.
Kalau aku tuliskan, pasti tebal bukunya.
Kalau aku ceramahkan, pasti bertahun-tahun durasinya.
Kalau aku lukiskan, pasti sebesar alam lukisannya.
Tapi, masih.
Yang merasa itu aku.
Yang sakit. Yang perit. Yang luka.
Aku.
"Berkongsi rasa", katanya.
"Kalau susah, ceritalah pada aku", katanya.
Heh. Untuk apa? Supaya beban aku terkurang? Supaya sakit aku disembuh?
T I D A K P U N .
Tetap aku seorang yang merasa. 
Sendiri.
Kalau aku canangkan di sana sini, hanya bertambah lemah akibat menunjukkan kelemahan.
Aku tak boleh selalu senyum untuk orang lain, sayang.
Tapi biarkan aku senyum untuk diri aku sendiri.
Kalau aku sebarkan kisah perit aku, hanya akan membuatkan hati-hati lain rawan risau gelisah.
Kalau aku sebarkan senyum aku untuk aku pasti ada yang mahu tersenyum sekali.
Heh.
Nampak tak permainannya di situ?
Sekian terima kasih
:)))))))))))))

27 July 2012

Rasa rasa jiwa hati rasa.

Kalau hati ni sedang merasa, biarkan ianya merasa.
Biarkan, biarkan rasa itu meresap, mengawal diri.
Tapi rasa itu mendatangi hati,
Dan hati itu yang mengawal rasa.
Biarkan, tatkala rasa itu dirasai, biar hati menzahirkan apa yang patut.
Jangan.
Jangan terlalu biar diri dikawal rasa.
Zahirkan APA YANG PATUT.
Kalau rasa itu memberontak, hati akan kawal.
Berkawan dengan hati.
Rasa itu mendatangi hati.
Biarkan hati merasa tapi  hati menzahir apa yang patut.
Tolonglah, tolong, tolong diri kau untuk perjuangan kau.
Jangan. Jatuh. Pada. Rasa.

perlukah aku menyebut setiapnya
yang indahku tidak akan ada makna
bila kau sembunyi dan bermain lari-lari
separuh aku sudah pun mati

tak mampukah kau percaya
haruskah ku hebahkannya pada dengki dunia?
tidak bisakah kita sekadar pejam mata
biar jiwa bersuara

biar
biar
biar jiwa
bersuara

-Fynn Jamal 

24 July 2012

Luas.

Hati, aku harapkan kau. Terbukalah.
Terbuka luaslah supaya engkau dapat menerima yang nyata.
Yang benar-benar terjadi. Jangan lagi kau biar diri kau didakap mimpi.


Biar berhenti.


Ini.
Satu.
Komplikasi.

Menanam kekuatan.

Dalam kembara kita. Ada undang-undang dunia. Ada panduan hidup. Ada motif.
Lillahita'ala.
Ingatlah kalau kita susah, pasti ada yang lebih susah.
Ingatlah kalau kita senang, pasti ada yang lebih senang.
Ingatlah kalau kita sakit, pasti ada yang lebih sakit.
Ingatlah kalau kita hebat, pasti ada yang lebih hebat.
Tapi sekurang-kurangnya, kita hidup.
Tapi sekurang-kurangnya, kita masih punya peluang.
Tapi sekurang-kurangnya, kita masih punya harapan. 
Untuk meluruskan tujuan.
Demi Dia.


Demi pengakhiran yang baik.
Husnul Khatimah

:') 

Amin!

Yang Kekal Takkan Pergi :)



Ya TuhanKu :')
Sesungguhnya Engkaulah Rabb yang kami kasihi :')
Engkau pinjamkan kepada kami, kasihmu yang luas tiada tandingan.
Engkau pancarkan kekuatanMu, pada kami yang lemah tiada bertepian.
Masih tidak terluak kekuatanMu, malah melimpahi masih jua.
Allah.
Allah.
Allah.
Kami mencintaiMu, atas segala rahmatMu, atas segala nikmatMu.
Yang Kau pinjamkan ke atas kami.
Tiada kata sempurna mampu mengungkap, 
Sesungguhnya kepadamu, tangan kami mengangkat.
Memohon, agar keredhaanMu menjadi milik kami.
Seperti pokok disinari Matahari, berbunga menguntumkan senyum.
Seperti sungai, disejukkan bumi, menjadikan senangnya sang hati.
:')
Seperti bulan, memancarkan cahaya Matahari.
Engkau ibarat Matahari, dan kami ibarat bulan.
Memancarkan sinarMu yang tak pernah mewujudkan sebarang sisi gelap.
Indah.

Terima kasih, ya Allah, Allahurabbi.
Sesungguhnya engkaulah Kasih, Sayang, Cinta.
Yang Kekal, Yang Takkan Pernah Pergi.

Redhakanlah Ramadhan kami, ya Allah.
Hilangkanlah ujub, takabbur, dan riak di daladiri kami.
Amin, ya Rabbal al-Amin
  


19 July 2012

What you really want is... :)

Kadang-kadang kita terpaksa, dipaksa, memaksa.
Sakrifais. Sakrifais kita untuk orang tersayang.
Biar, biar kita dalam keterpaksaan, dihenyak perasaan.
Biar semua hilang, biar semua pergi, semua luntur luluh hancur lebur, biar.
Atas dasar sayang. Atas dasar menjaga. Atas dasar suka.
Kita mungkin berjanji antara satu sama lain, 
Bahawa kita harus tetap tersenyum dalam setiap keadaan.

Tapi aku cuma manusia, punya perasaan, hati. 
Aku terpaksa mungkir. Aku tak boleh senyum selalu! Aku tahuuu, kau tak mahu lihat aku senyum bahagia, 

Jadi biar aku kemamkan senyum ini dan gumpalkan dalam tekak, telan, senyum dalam hati biar pahit.
Biarlah! Biar, supaya kau senyum gelak ketawa guling-guling sekuat hati perasaan semua,
dan aku di satu sudut masih gembira lihat kau senyum.
Walaupun aku tak dibenarkan tersenyum bersama.
Kalau itulah hendaknya, itulah dia yang kau dapat.
Okay?
Done.

Let's just say, if I smile I will bleed. Even if I smile for you. Especially for you.

12 July 2012

Tak sendiri.

Seseorang, yang dilihat berjalan seorang diri tak ditemani sesiapa di kanan kiri.
Adakah ianya satu norma yang tidak boleh diterima oleh masyarakat?
Berjalan seorang diri?
Apa tak boleh aku jadi independen?
Apa memang perlu setiap langkah perlu ditemani?
Ah, aku peduli apa. Memang ada yang menemani.
Di bahu kiri dan kanan.
Aku ada peneman.
Pastinya aku mahu berbaik dengan mereka.
Tak salah kan?

Kuat tak terhalang :')

Hati. Bila kuat, tak akan rapuh. Bila ada pegangan, tak akan sesat. Bila mahukan sesuatu, pasti ianya membawa kebahagiaan. Tapi apa yang menguatkan kita itu tak akan sentiasa ada. Apa yang kita rasa mampu memegang tiang-tiang hati ini, tak semestinya teguh. Apa yang kita mahukan itu, tak semestinya mahukan kita. Jadi hati, kau perlu belajar erti sendiri perjuangkan kekuatan hati kau. Tak perlu berikan sehabisnya pada yang belum menjadi hak. Tak perlu melemahkan semangat yang Tuhan kurniakan, sedangkan kita boleh kuatkan ia. Kuatkan, asaskan, sebarkan. Boleh boleh, kita boleh. Kita boleh sebab Allah akan senangkan jalan benda yang berniat baik. Kita dihalang sebab syaitan tak suka benda yang ke arah kebaikan. Tapi dihalang di satu-satu jalan, tak bermakna harus mengalah. Pergi ke arah lain. Kita punyai cuma satu kiblat tapi jalan menuju kiblat itu ada banyak, malah luas! Ada banyak jalan yang boleh kita pilih, yang membawa kita berada di bawah payungan Allah. Sabar saja. Jalan ke jalan yang lurus tidak lurus, barangkali. Tetapi luruskanlah semua yang kita punyai. Kekuatan kita, semangat kita, niat kita, agar kita mampu membawa kaki melangkah ke arah itu. Kalau kita benar-benar ikhlas, mampu juga kita bergerak bersama mereka-mereka yang telah kita sentuh hati mereka. 

Amin, Ya Rabbal al-Amin!

Wehhhh!

Rimas, dalam erti kata dipeluk-peluk ketat oleh kenangan jauh, aku benci rasa tu sebab aku rasa macam nak tikam-tikam setiap rasa yang datang lepastu pergi lepastu merangkak balik ke arah aku lepastu, lepastu buat aku rasa macam aku ni melebih-lebih, lepastu, aku sedih lepastu tiba-tiba aku lupa balik tentang semua ni dan aku boleh tidur seperti biasa macam tak ada apa-apa jadi.

Macam haram

11 July 2012

Definisi hidup -- Live life to the max?

Life. Macam mana kau definasikan hidup semaksima mungkin tu? Dengan keluar ke sana ke mari, beramai-ramai, bersama rakan bergelak ketawa, atau duduk di rumah, membaca buku demi buku yang membuka minda memancing idea dari sisi sudut lain, atau atau, atau pergi ke satu tempat keseorangan dan menjerit sekuat hati mengeluarkan setiap perkataan yang tak terucap, tergulung di balik lidah? Atau macam mana sebenarnya?

Kenapa boleh ada wujudnya kata-kata tergelincir dari bibirmu,
"Kau ni takde life lah."

?


09 July 2012

Deraan aksara.

Kumpulan Cerpen Matahari: Aku Anak Palestina.

Nukilan: Hilal Asyraf


Assalamu’alaikum,

Namaku Fathi, dan aku adalah anak palestina. Aku berumur 20 tahun. Sepanjang itu jugalah aku membesar di tanah berdarah ini, dan menjadi saksi kepada segala apa yang berlaku. Peperangan, pembunuhan, kematian, pengeboman, dan pelbagai lagi perkara seakan sudah menjadi panorama biasa untukku.  Kamu tahu, hatta dentuman bom dan muntahan peluru seakan-akan menjadi dodoian tidur bagiku.

Tetapi jangan kata aku bahagia, hakikatnya hatiku sering tercalar dengannya.

Aku membesar tanpa keluarga. Ayah dan ibuku telah terkorban apabila Israel merampas rumah kami. Masih jelas pada tubir mataku, bagaimana ayahku ditembak dengan kejam, dan ibuku dirogol tanpa belas kasihan. Bahkan, mereka dengan buas telah mengoyakkan perut ibuku yang ketika itu sedang mengandung, mengeluarkan adikku yang ada di dalam rahim itu, lalu menembak adikku yang tak berdosa itu berkali-kali. Mujur sahaja pejuang HAMAS tiba ketika itu, jika tidak, pasti aku tidak akan ada di sini, bercerita kepada kamu.

Aku masih ingat lagi yang ketika itu aku berumur 6 tahun. Pejuang Hamas yang menyelamatkan aku bernama Yahya. Sesuai dengan namanya yang bermaksud kehidupan, Allah telah mengizinkannya memberikan kehidupan baru kepadaku. Dia telah menjagaku, dan membesarkanku serta memberikan pendidikan kepadaku. Aku memanggilnya ‘bapa’.

Bagi aku yang melihat sendiri bagaimana Israel menamatkan riwayat seluruh ahli keluargaku, kasih sayang bapa membuatkan aku amat mengasihinya. Dia seakan-akan memberikanku cahaya. Ibarat matahari yang memberikan sinar buat dunia.

Namun bahagia tidak panjang. Kehangatan kasih sayang bapa terhenti apabila Israel melanggar perjanjian gencatan senjata. Bapa telah mati dalam satu pertempuran apabila Israel cuba menceroboh. Umurku ketika itu adalah 20 tahun. Memandangkan pada waktu itu madrasah tempat aku menuntut ilmu telah dirobohkan oleh Israel, maka aku mengangkat senjata dan berjuang bersama-sama pasukan Izzuddin Al-Qassam, yang merupakan sayap kanan HAMAS.

Perjuangan semakin sukar, kerana  Israel telah berjaya membuatkan seluruh negara Islam yang lain berdiam diri dengan keadaan kami. Belasan tahun berlalu, peperangan terus berlaku, dan darah terus tertumpah. Nyawa saban hari melayang. Suasana sudah ada perubahan. Dari teruk menjadi semakin teruk.

Hari ini, buat kali yang entah ke berapa, Israel laknatullah telah melanggar perjanjian gencatan senjata. Malah, mereka telah berjanji untuk menyapu bersih segala penentang dalam serangan kali ini. Gaza, daerah bebas terakhir di Palestina, kini telah menjadi tumpuan serangan.

Israel tidak lagi menghiraukan pandangan dunia. Mereka sebenarnya langsung tidak takut dengan sebarang ancaman atau teguran yang dikeluarkan oleh negara-negara lain. Hal ini kerana, mereka tahu bahawa negara-negara lain tidak akan mampu berbuat apa-apa melainkan bersuara  sahaja. Amerika telah menjadi boneka Israel lantas bertindak sebagai perisai buat negara zalim itu. Malah Amerika sendiri telah menghantar bantuan ketenteraan untuk Israel.

Kali ini, Israel menyerang dengan serangan yang amat dasyat. 200 buah jet pejuang telah dihantar ke ruang udara Gaza, dan melepaskan bom serta torpedo secara rambang ke arah bandar. Angka kematian pada  hari pertama sahaja mencecah 3000 orang. Paling menyedihkan, yang terkorban dalam serangan buas ini bukan sahaja para pejuang, malah anak-anak kecil, perempuan dan orang-orang tua yang tak berdaya turut menjadi mangsa. Bangunan-bangunan banyak yang hancur dan roboh.

Gaza telah menjadi  sungai darah. Suasana yang memang sedih kerana penjajahan sebelum ini, kini menjadi  lebih menyayat hati. Mayat bergelimpangan di sana-sini. Mayat-mayat hancur juga  banyak yang bersepah di atas jalan. Ada juga yang tertepek pada dinding-dinding bangunan. Kemusnahan peperangan kali ini memang di luar akal. Sepanjang aku mengharungi pertempuran di bumi Gaza, inilah peperangan yang terdasyat sekali.

Dalam kemusnahan dasyat disebabkan tangan Israel laknatullah ini, kami mendapat berita bahawa ada kerajaan dunia menegur tindakan zalim Israel. Namun, teguran itu membuatkan telingaku tambah berasap. Kamu tahu apa tegurannya?

“ Harap Israel boleh cuba mengelakkan serangan mereka dari rakyat biasa”

Pada aku yang berada di tengah-tengah Gaza ini, itu adalah teguran terbodoh. Mana mungkin hendak mengelak dari rakyat biasa? Adakah mereka mempunyai peluru berpandu yang boleh mengesan sama ada manusia itu askar atau tidak? Tahukah mereka bahawa Gaza ini penuh dengan rakyat yang tak berdosa? Malah torpedo dan bom yang dilepaskan oleh Israel mempunyai lilitan letupan yang besar. Mustahil tidak mencederakan rakyat biasa. Lihatlah apa yang terjadi di sini, kalau Israel boleh mengelak rakyat biasa, pasti tidak akan ada mayat-mayat anak kecil, perempuan lemah dan orang tua!

Hari ini, jet pejuang Israel telah mengosongkan ruang udara Palestin. Adakah mereka hendak berhenti? Tidak. Mengikut maklumat yang telah kami terima, mereka sudah bersedia di luar Gaza dengan 100 buah kereta kebal. Mereka hendak melunaskan kerja-kerja yang tidak mampu dilakukan oleh jet pejuang.

Aku di balik dinding ini, bersama-sama beberapa orang sahabatku, sedang menanti kehadiran mereka dengan hanya berbekalkan AK-47, senjata yang boleh dikatakan kuno jika hendak dibandingkan dengan senjata Israel. HAMAS telah menetapkan untuk bertempur hingga ke hujung nyawa. Maka beberapa kumpulan telah diarahkan untuk mensabotaj kereta kebal-kereta kebal yang memasuki Gaza. Kami juga diarahkan untuk merampas kereta kebal.

Ketika aku sedang menulis warkah ini, sebahagian anak-anak kecil sudah mula mengutip batu-batu. Aku terasa seperti hendak menangis. Aku jadi kagum. Mereka walaupun belum lagi berumur baligh, sudah matang untuk mengorbankan diri di jalan Allah SWT.

Aku berharap, Allah memberikan kekuatan kepada mereka sebagaimana kekuatan Rasul-Nya Dawud AS.

 “Berapa banyak sudah pasukan yang kecil menewaskan pasukan yang besar dengan izin ALLAH,”

Aku merasakan bahawa apa yang berlaku pada saat ini adalah teguran Allah kepada ummat Islam seluruhnya. Yang aku tahu, ummat Islam pada hari ini sering bertelagah. Malah ramai dari kalangan mereka yang tidak ambil kisah akan keadaan saudara mereka yang lain.

Mereka hidup dalam suasana ananiah yang menebal. Hati mereka telah menjadi keras seperti batu untuk merasakan penderitaan saudara-saudara mereka.

Aku juga mendengar bahawa,negara-negara Islam di luar sana sudah tidak mengamalkan Islam di negara masing-masing. Pemimpin-pemimpin mereka leka dengan kesenangan yang ada. Semuanya tunduk dan sujud menyembah Amerika dan segala kuncu-kuncunya.

Aku tahu, ini bukan salah mereka. Mereka sebenarnya telah disuntik dengan jarum beracun semenjak akhir era Khilafah Uthmaniyyah lagi. Ummat Islam melemah, melemah, dan terus melemah sehinggalah jika ada saudara  mereka yang dibunuh, dicincang, diinjak, terkorban, hati mereka langsung tidak merasa.

Apa yang berlaku kepada kami di sini, aku tidak melihatnya lebih dari teguran Allah kepada ummat Islam itu sendiri. Dengan keadaan Palestina seperti hari ini, Allah hendak menunjukkan betapa lemahnya ummat yang pada satu masa dahulu pernah menguasai 2/3 dunia. Allah hendak menunjukkan, betapa ummat ini telah meninggalkan ajaranNya dan melupakan deenNya. Dan sesiapa yag meninggalkan deenNya akan berada dalam keadaan hina.

Aku pernah mendengar peristiwa tsunami yang melanggar tenggara asia pada lima tahun lepas. Sehingga ada yang menyatakan bahawa itu kiamat kecil. Ketika itu, ramai yang menyatakan bahawa Allah telah marah, lalu menegur manusia dengan bala bencana.  Aku hanya mampu tersengih.

Kamu tahu, di Gaza ini, kiamat kecil berlaku hari-hari. Tempat ini saban hari bergegar dengan dentuman bom dan bingit dengan muntahan peluru. Tetapi tiada manusia pun yang menyatakan bahawa apa yang terjadi pada kami  ini adalah teguran Allah kepada mereka. Mungkin manusia tidak tahu yang ALLAH ada berfirman,

“Telah nampak kerosakan di darat dan di lautan disebabkan perbuatan tangan-tangan manusia. ALLAH mengkehendaki agar mereka merasakan sebahagian dari akibat perbuatan mereka agar mereka kembali (ke jalan yang benar)”

Oleh kerana ketidak pedulian orang-orang Islam di luar sana, kami pasukan HAMAS telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertahankan bumi suci ini. Kami menentang segala keganasan yang berlaku di sini dengan tulang empat kerat kami, dengan segala kudrat kami. Kami korbankan bukan sahaja masa dan harta, bahkan nyawa juga kami korbankan. Tetapi yang aku amat sedih adalah apabila, tindakan kami untuk mempertahankan tanah kami dikatakan sebagai satu tindakan keganasan.

Aku hairan dan pelik dengan orang-orang Islam di luar sana. Kamu tidak punya akalkah? Kenapa kami digelar sebagai pengganas? Sedangkan rumah-rumah kami dirobohkan, sedangkan isteri-isteri kami dirogol dan dibunuh tanpa belas kasihan, sedangkan anak-anak kami ditembak, sedangkan ayah dan ibu kami terkorban, semuanya dek kerana penjajahan Israel atas tanah kami. Adakah membela diri digelar satu keganasan?

Aku hairan, setahu aku, semua negara ISLAM dahulu menentang penjajahan di bumi mereka. Mereka menyah penjajah dan membenci penjajah. Tetapi apabila tanah kami dijajah, kami pula yang diselar sebagai pengganas. Mereka menyatakan kami tidak reti bertolak ansur. Aku hairan. Kenapa kamu bersikap demikian? Tahukah kamu bahawa Rasulullah SAW ada bersabda,

“Barangsiapa yang berpagi-pagi tanpa mengambil kisah urusan kaum muslimin, maka dia bukan dari kalangan mereka”

Kemudian kamu menyatakan bahawa jihad itu adalah jalan keganasan. Kamu pesongkan jihad kepada jihad-jihad yang kamu reka sendiri. Jihad masyarakat, jihad menentang pencemaran, jihad menentang kemiskinan dan pelbagai lagi jihad yang kamu reka, yang tidak utama, berbanding jihad kami yang sedang mempertahankan deen Islam ini. Sedangkan Allah telah mengizinkan kami untuk memerangi mereka yang menzalimi kami,

“Telah diizinkan untuk kamu memerangi mereka yang menzalimi kamu…”

Kamu tahu, hal Palestin, bukanlah hal kecil. Ini juga bukanlah hal pembebasan sebuah tanah.

Hal Palestin adalah hal deen Islam itu sendiri. Yahudi bukan hendak merampas tanah semata-mata, bahkan mereka hendak melenyapkan Islam  itu dari muka bumi kita. Mempertahankan Palestin hari ini, adalah mempertahankan Islam itu sendiri hakikatnya. Kami sanggup berkorban, kerana kami sedang mempertahankan Islam. Kami bukan nasionalis, kami adalah hamba Allah SWT. Hanya Allah SWt mampu membeli jiwa-jiwa kami. Bukannya dunia atau perkara lain.  Sungguh kami melihat betapa Allah hanya redha pada Islam, bukan pada negara-negara yang kita duduki. Allah telah berfirman,

“Hari ini telah aku sempurnakan untuk kamu deen kamu(ISLAM), dan aku sempurnakan untu kamu nikmatKu(ISLAM), dan aku redha ISLAM itu menjadi deen kamu”

Kamu tahu yang Masjidil Aqsa itu adalah tempat suci ummat Islam. Ia sama sahaja seperti Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah. Tetapi kenapa dua masjid itu kamu tatang seperti minyak yang penuh, sedangkan masjid suci di Palestin ini kamu biarkan? Bukankah masjid ini tempat Rasulullah dimikrajkan ke langit? Adakah kamu tidak berasa apa-apa apabila tembok tempat  Rasulullah SAW menambat buraq dijadikan tembok ratapan oleh kaum yahudi? Adakah kalian lupa firman Allah?

“Maha Suci kepada yang mengisra’kan hambaNya pada waktu malam dari Masjidil Haram ke Majidil Aqsa yang diberkati sekelilingnya dan ditumpahkan cahaya kepadanya dari ayat-ayat KAMI”

Hati kalian telah dibius. Kalian hanya mampu bersuara tetapi tidak mampu bergerak. Tidak cukup dengan itu, kalian menggelar kami yang berjuang ini sebagai pengganas. Kamu tahukah apa makna semua ini? Ini menunjukkan Islam itu telah pudar dari penghayatan kalian. Kalian yang tidak bergerak membantu kami itu, adalah tanda lemahnya hubungan kalian dengan Allah SWT. Kalian lebih takut segala halangan yang direka  oleh musuh-musuh Allah dari Allah itu sendiri. Adakah kalian lupa sabda Rasulullah SAW?

“Muslim itu adalah saudara bagi muslim yang lain, jangan kamu menzaliminya, mengkhianatinya atau menyerahkannya kepada mereka yang hendak menzaliminya”

Bukankah ALLAH juga ada berfirman,

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati ALLAH dan RasulNya, dan janganlah sesekali kalian mengkhianati amanah kalian sedankan kalian mengetahuinya”

Tapi pakah pengkhianatan yang berlaku hari ini? Apakah yang kalian akan katakan kepada Allah pada hari kelak akan pengkhianatan yang kalian lakukan kepada kami hari ini?

Adakah kalian sangka, Israel itu akan berhenti selepas menawan Palestin ini? Ketahuilah yang mereka itu akan bergerak menawan seluruh negara Islam yang lain selepas menyelesaikan kerja mereka menawa Palestin. Mungkin aku telah tiada ketika itu. Tetapi aku tahu apa yang akan berlaku. Kamu tahu apa yang akan berlaku? Apa yang akan berlaku pada kamu ketika itu adalah apa yang telah berlaku kepada kami ketika ini. Ketika itu kamu akan merasa sebagai mana yang telah kami rasai hari ini. Allah telah berpesan,

“Tidak akan sesekali redha yahudi dan tidak pula nasara sehingga kamu mengikuti jalan mereka”

Tidak cukupkah penderitaan kami? Sehingga bila kamu semua hendak tidur memekakkan diri? Hari kamu akan tiba nanti andai kamu tidak bergerak lagi. Ketika itu baru kamu merasai apakah seronok digelar pengganas di bumi sendiri.

Kamu tahu, kalaulah Masjidil Aqsa itu boleh bersuara, aku yakin yang dia akan menjerit memarahi kalian yang sedang duduk bergoyang kaki, membiarkan aku dan seluruh penduduk Palestina ini menderita. Kamu tahu,kalaulah dinding-dinding rumah yang ada di Palestin ini boleh bersuara, pasti mereka akan melaknat kalian yang tidak mengendahkan akan keadaan kami di sini. Kamu tahu, kalaulah batu-batu yang anak-anak kecil kami baling itu boleh bersuara, batu-batu itu pasti akan berteriak menghina kebaculan kalian hari ini.

Tidakkah kamu tahu bahawa,nanti bayi-bayi kami, anak-anak kami, isteri-isteri kami, ayah dan ibu kami, pejuang-pejuang kami yang telah gugur semuanya itu akan bangkit di hari akhirat? Hari yang Allah telah janjikan untuk kita berkumpul di Padang Mahsyar bersama-sama. Mereka akan mempersoalkan kalian di hadapan Allah atas apa yang telah kalian lakukan kepada kami hari ini. Aku tahu apakah yang akan mereka katakan nanti.

“ Ya Allah, mereka saudara kami, tetapi mereka telah membiarkan kami.”

Apakah kamu menyangka Allah akan melepaskan kalian?

Hari itu kami akan bangkit dengan darah-darah kami sebagai bukti perjuangan dan penderitaan kami. Darah kami akan berbau harum seperti kasturi. Kerna kami syahid dalam mempertahankan deen Allah yang Allah redhai.

Kalian tahu, mereka yang mati syahid tidak akan dihisab oleh pertimbangan Allah. Kami akan diberikan keistimewaan untuk terus masuk ke syurga. Tetapi apakah nasib kalian ketika hari itu? Kalian akan merangkak di Siratul Mustaqim kerana pemeriksaan yang sangat berat oleh Allah. Dosa kalian meninggalkan kami amat berat sebenarnya.

“Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah, tetap akan dihitung, dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah, tetap akan dihitung”

Pasti kalian akan meminta dijadikan sebagai tanah ketika itu.

“ …alangkah baiknya jika dahulu aku hanyalah tanah”

Kamu tahu, aku dan semua sahabatku, juga semua mereka yang telah mati terkorban, terbunuh di sini, tidak memerlukan belasungkawa kalian. Yang kami perlukan adalah perubahan diri kalian. Kita saudara bukan?  Kenapa kalian mesti membiarkan kami?

Berubahlah. Berubahlah dengan menjadi hamba Allah SWT. Ketahuilah bahawa Islam itu satu. Palestin juga adalah tanah kamu. Kenapa kalian membiarkan kami? Buangkanlah wahn dalam hati kalian. Dunia ini hanya sementara. Akhirat jualah yang benar dan kekal abadi selama-lamanya. Bukankah Allah telah berpesan kepada kalian,

“Setiap yang bernyawa akan merasai kematian, dan hanya pada hari kiamat sahajalah diberikan dengan sempurna balasan kamu. Barangsiapa yang dijauhkan dari neraka, dan dimasukkan pula ke dalam syurga, sungguh dia telah memperolehi kemenangan, kehidupan di dunia ini tiadalah lebih dari kesenangan yang memperdaya”

Kenapa kalian mesti takut dengan segala sekatan Israel dan kuncunya Amerika? Adakah kerana mereka memegang nyawa kalian? Adakah kerana mereka memegang harta kalian? Wahai saudaraku, hilangkanlah cinta dunia dan takut mati kalian. Allah jugalah yang memegang nyawa kalian. Allah jugalah yang menjaga kalian. Allah jugalah yang berkuasa atas kalian. Bukankah ALLAH sering mengulang di dalam Al-Quran,

“Sesungguhnya Allah itu berkuasa atas segala perkara”

Aku ulang, hidup kita hanya sementara. Hanya sementara. Kenapa kalian sia-siakan akhirat yang selama-lamanya untuk dunia yang sementara ini. Apa yang kalian takutkan?

Janganlah kalian hanya menjadi buih, dijentik terus pecah. Rasulullah telah mengetahui akan datangnya zaman ini. Sabdanya,

“kelak ummat-ummat lain akan menggerumuni kalian seperti orang-orang lapart menggerumuni hidangan”

                Sahabat-sahabat bertanya, “Apakah ketika itu bilangan kamu sedikit ya Rasulullah?”

                Rasulullah SAW menjawab, “Tidak, bahkan kamu ramai. Tetapi kamu seperti buih di lautan. Kamu telah diserang penyakit wahn”

                Sahabat bertanya lagi, “Apakah wahn itu ya Rasulullah?”

                “Cinta dunia dan takut mati”

Aku dengar kalian mempunyai banyak tentera dan senjata yang hebat-hebat. Kalau seluruh negara Islam bersatu, Amerika juga bukan tandingan. Hendak menentang Hizbullah pun mereka tidak mampu, apalagi menentang kesatuan kalian. Kenapa kalian takut? Sungguh ketakutan yang hadir dalam diri kalian adalah tanda keimanan kalian belum lagi benar kepada Allah SWT.

Marilah membantu kami. Bukankah di dalam Al-Quran yang kalian kita sama-sama membaca ada tertulis,

“Dan sekiranya mereka meminta pertolongan kalian(ketika mereka diserang) kerana ISLAM, kalian mestilah sudi menolong mereka”

Ah…

Kereta kebal mereka telah mampir. Aku mesti bersiap sekarang. Kalian tahu, walaupun kami mati, kami akan masuk syurga. Kalian yang terus hidup akan ke mana? Kalian akan dipersoalkan atas apa yang berlaku pada kami hari ini. Allah bersama kami dan tidak bersama-sama musuh kami. Mati kami mati mulia, menang mereka menang hina. Kami jugalah yang menang sebenarnya.

ALLAH itu matlamat kami,

Rasul itu contoh ikutan dan pemimpin kami,

Al-quran itu perlembagaan kami,

Jihad itu adalah jalan kami,

Dan mati di jalan ALLAH itu, adalah cita-cita tertinggi kami.

Aku tinggalkan pesanan ini, moga pesanan ini tidak hancur dimusnahkan oleh kemusnahan yang berlaku di sini. Pesanan ini untuk kalian. Ya, kalian. Saudaraku, seaqidah denganku.

Semoga Allah mencampakkan kesedaran dalam hati kalian, semoga Allah membangkitkan raksasa yang tertidur akibat bius yang disuntik oleh musuh, semoga Allah membangkitkan kekuatan kita. Semoga ISLAM itu kembali tinggi seperti dahulu kala, atau mungkin lebih baik lagi.

Janganlah kalian takut, sesungguhnya ALLAH telah berjanji,

“Sekiranya kamu membantu ALLAH, maka ALLAH akan membantu kamu dan menguatkan kaki-kaki kamu”

Ketahuilah, Allah tidak akan ubah nasib kita, melainkan kita berusaha.

Allah mengingatkan kita dalam firmanNya,

“Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu mengubah dahulu apa yang ada pada diri mereka”

Salam dari sahabat dan saudara kalian, anak Palestina bumi berdarah, bumi perjuangan, bumi pengorbanan.

Selamatkanlah diri kalian dari api neraka. Sesungguhnya api neraka itu azabnya tidak terkira.

Wassalam.

Anak Palestina, Fathi Abzinah.


Terseksa. Pabila aksara-aksara di dalam cerpen itu di telan.
Kata-kata yang ditulis ikhlas itu, magisnya mampu menyentuh hati.
Entah. Seksaan hati, bagai disiat. Ah! Kenapa perlu sedih?
Tatkala bukan rumah kita yang dihancurkan askar Israel.
Tatkala bukan kita yang dihalang untuk ke sekolah.
Tatkala bukan ahli keluarga kita yang mati terseksa, dikeluarkan isi perut.
Bukan.
Jadi untuk apa bersedih?

Heh. Sesungguhnya kita tak pernah terdetik untuk merasa syukur.
Bersyukur akan nikmat.
Malah kita berlebih-lebihan. Kesederhanaan tidak pernah diambilkira.

Jujur, khilaf itu paling terkesan di hati,
Pabila kita sedar kekurangan diri.

Jadi untuk apa bersedih?
Sedangkan sedih itu cuma perasaan.
Perasaan yang tak ikhlas, tak terkesan di hati.

Satu cerpen dari saudara Hilal Asyraf.
Satu antara cerpen yang saya baca dalam bukunya - Matahari.
Bagai satu renjatan elektrik yang membangunkan aku dari tidur nyenyak.
Dan air mata kualirkan ke pipi, deras.

Menyiakan masa dengan berfikir tentang apa yang harus dipakai ke kelas esok menunjukkan betapa sempitnya pemikiran aku, sedangkan di dunia sebelah Timur Tengah, ada yang memikirkan bahawa kematian mereka esok hari akan meninggalkan kesan di hati hambaNya yang lain, atau tidak... Yang pasti syahid itu telah dijanjikan buat mereka... Kita???

03 July 2012

bahagia.

Bersedih. Satu rupa emosi, sering mendera.
Merobek hati. Mendusta kata. Menghancur harap.
Bersabar. Satu rupa perbuatan, sering menyembuh.
Memberi harapan. Menahan prasangka. Memberi sinar.

Sabarlah wahai hati-hati yang bersedih. 
Jangan dera lagi hatimu. Tinggalkan apa yang disedihkan.
Kutip apa yang ditinggalkan. Hargailah. Bertahanlah.

Perjuangkan hak kita. Sebagai hambaNya, perjuangkan iman kita.
Hentikan mengharap pada dunia, alihkan pandangan.
Biar mata kita sering pada akhirat, sambil dunia digenggam dalam tangan.

Mujahadah. Ianya pahit, namun akhirnya kemanisan akan tiba.

Kepada hatiku: Bertahan!

23 June 2012

Nikmat menikmati

Masa.
Masa itu kunci sang dunia.
Dipegangnya masa, berjaya.
Dibiarkan masa, bergantung.
Kalau nasib menyebelahi, masih berjaya.
Kalau tidak, naya.
Sang pendosa-- mereka yang tidak harus lewat dari masa.
Andai mereka lalai, masa meninggalkan mereka. 
Biar mereka berlumpur dalam dosa.
Kotor.
Sang pendosa-- harus sedar, masa bukan milik mereka lagi.
Pulangkan masa, dan genggam.
Kawal masa, dan masa akan membawa mereka ke pintu taubat.
Bersih semula.


Percaya pada masa.

Wahai Tuhan kami.
KepunyaanMu di langit dan di bumi.
Kembalikan kami pada masa.
Agar kami kembali kepadaMu.
Agar kami menikmati nikmat masa di dunia.
Supaya dapat kami kecap di akhirat sana.

Amin, ya Rabbal Alamin...

22 June 2012

Kecewa | Tawakal

Kecewa--satu perasaan yang keji menyinggah, tatkala engkau rasa dibodohkan orang lain.
Saat engkau diolak-alik, bagaikan pelampung di laut. Dimain-mainkan, asalkan engkau keliru.
Itu--saat yang paling menjatuhkan. Kerana engkau mencuba semua untuk bersangka baik,
Tapi sangkaan kau dicantas-cantas dengan perbuatan mereka yang mementingkan diri sendiri.
Kadang tak semua sedar, yang engkau bukan apa yang mereka mahukan.
Apa benar, mereka cuma mahukan seorang gadis untuk ditertawakan?
Pada akhirnya, hilai tawa itu hanya akan bergema di kotak memori mereka.
Sedangkan orang lain menangis memendam perasaan kecewa itu.
Pastinya orang yang punya kemanusiaan jitu tak mahu terus menerus mentertawakan orang menangis.
Bukan?
Huh, ya. Ada orang mementingkan diri sendiri sebab mereka mahukan kepuasan diri sendiri.
Ada juga orang yang mementingkan diri sendiri atas dasar menjaga hati orang lain,
Dan merekalah yang akan kecewa yang terpaling dalam.
Apa yang akan berubah? 
Semuanya akan berubah kalau sang gadis yang kecewa itu teruskan bersabar.
Sabar dan tawakal.
Assobru, watawakkulan 'alaik...
Biiznillah.
:')

15 June 2012

Cuti semesterku.

Cuti semesterku.
Rutinku dipenuhi dengan:

1. Buku.
2. Buku.
3. Buku.
4. The Sims.
5. Puasa sunat bulan Rejab.




Hunger Games trilogy. Awesome.
The Hunger Games Trilogy, ketiga-tiga buku yang memang aku tunggu lama.
Setiap kali masuk MPH, mesti cari buku ni. 
Pulang dengan tangan kosong. 
Sebab duit sedang dikumpul. Nah! Terlunas harapanku.

Pecah. Best, exciting.
Macam biasa, buku-buku Fixi yang menarik. :) 

Bisik. Suspense, thriller, schizophrenic.


The Sims 1 - Memang awesome
The Sims 1! Percayalah, dari tahun lepas dah ada, tak pernah ada chance nak main.
Terletak dalam laptop, habis berdebu. Eh.
Akhirnya dapat juga lepaskan dendam dan main. Hihi :))

Bulan Rejab. Puasa sunat :)

Dan akhir sekali, puasa sunat di bulan Rejab. Seronok sangat sebenarnya.
Mendekatkan rindu pada Ramadhan.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w, 
"Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku."
Banyaaak sangat kebaikan berpuasa bulan Rejab, tau :) 
Boleh baca kat blog sini --> (link)

Apa-apapun, selamat menyambut Israk Mikraj! :)

10 June 2012

Mereka, dan mereka keseluruhannya.

Aku ada kawan. Kawan baik yang lebih dari baik. Yang ku sayang, lebih dari kawan lain.
Dua orang pulak tu :)

Asiah x Amirah 
Tak ada siapa boleh menggantikan.
Sebelum tu, nak cakap. Aku bertuah ada mereka.
Aku yang serba entah ada apa je?
Aku yang sering pendam sakit, akhirnya kecewakan mereka :(
Sayang aku kat diorang. Sangat-sangat.
Bukan kepalang! Bukan main-main!
Mereka selalu ada. Mungkin tak ada di sisi tapi ada di hati.
SELALU.
Jadi bila aku jatuh, mereka lah yang sentiasa ada.
Yang bantu aku. Bangun balik.
Tarik aku.
:')

Tak ramai yang mampu. Tak ramai yang sudi.
Ramai yang tarik diri. Ramai yang angkat bendera putih.
Tak mahu kawan dengan aku lagi.
Tapi mereka? Sentiasa ada.
Oh rasa macam nak menangis!
Berapa tahun dah kami berkawan?
20 tahun. Hihihi :'P 
Gurau jee.
Lama. Cukup lama untuk kenal hati budi kiri kanan masing-masing.
Perkara gembira mereka pertama tahu.
Perkara sedih, cuba tak nak mereka tahu. Hihi :')
Mengada-ngada kan? Biarlah! 

:P 

Ditemukan mereka, hadiah terhebat Allah beri sepanjang jodoh persahabatan hidup aku.
Mereka dahulu, kemudian kawan-kawan lain yang hebat.

Moga kami sentiasa mencintai Allah yang satu.
Moga persahabatan kami, diredhai Allah, dipanjangkan hingga akhir nanti.
Amin.

Rabbku, peliharakan mereka untukku, untuk keluarga mereka, untuk kekasih mereka.
:')