nurulmuna yem nurul muna yem nurulmunayem
nurulmuna yem nurul muna yem nurulmunayem

25 October 2011

Al-Fatihah.

Libya telah ‘dimerdekakan’ sepenuhnya oleh tentera pemberontak dengan bantuan serangan udara NATO. Dengan terbunuhnya Gadaffi, kini rakyat Libya bakal mencorakkan gaya pemerintahan mereka sendiri. Kemungkinan besar ia bakal didokong sepenuhnya oleh Amerika Syarikat dan Israel yang sangat mengiurkan rezab minyak Libya.

Tangan-tangan ghaib
Pemberontakan rakyat Libya telah didokong sepenuhnya oleh tangan-tangan ghaib daripada Barat. Israel sendiri telah dikaitkan dengan pemberontakan di Libya dengan menggunakan agensi perisikan prolifiknya, Mossad bagi menghasut dan membuat kekacauan di bandar-bandar utama di Libya. M16 milik Britain juga bergiat cergas memberi kelengkapan ketenteraan kepada tentera pemberontak Libya.
Perginya Gadaffi di tangan rakyatnya sendiri dilihat bukan kejayaan rakyat sepenuhnya namun ia adalah kejayaan Barack Obama, David Cameron, Nicolas Sarkozy dan Benjamin Natanyahu. Watak utama inilah yang menyalurkan dana dan propaganda kepada dunia bahawa kononnya peperangan saudara di Libya adalah peperangan ‘suci’ untuk menumbangkan rejim zalim.
Ironinya, kuasa Barat yang menyokong dan bersetuju mengeluarkan dana bagi ‘kepentingan’ mereka, kini muncul pula ura-ura bahawa Libya bakal berhutang kepada kuasa Barat melebihi 1 bilion dolar. Bagaimana perkara seperti ini boleh berlaku. Oleh sebab yang demikian, tampaklah bahawa bakal pemimpin Libya bakal dijadikan pemimpin boneka seperti mana yang berlaku di Afghanistan. Namun, berbeza dengan Afghanistan yang miskin hasil bumi, Libya adalah negara pengeluar minyak dan mempunyai rezab minyak setaraf dengan Iraq dan Iran semasa perang teluk tahun 1990-an.
Lihat keratan akhbar di bawah:
Sebuah lagi negara Islam bakal musnah.


Gambar yang dirakam beberapa detik sebelum Gadaffi ditembak

Di pembetung inilah Gadaffi bersembunyi.

Diseret dan dilayan seperti anjing. Beberapa detik sebelum dibunuh.




Gadaffi meraih simpati.




Kesan lubang peluru jelas kelihatan.

Mayatnya diangkut menggunakan ambulan

'Ghanimah' paling berharga..pistol bersadur emas milik Gadaffi.



Jangan tembak..jangan tembak
Tragedi Gadaffi dibunuh bermula apabila beliau diheret keluar daripada tempat persembunyiannya di Sirte. Dipercayai beliau bersembunyi di dalam pembentung dengan lengkap berpakaian tentera, berserban dan mempunyai pistol emas. Beliau yang cedera parah telah diheret dan dilayan bagi ‘seekor anjing’. Ramai tentera pemberontak mengelilinginya sehingga beliau sempat meraih simpati dengan menjerit ‘Apa yang telah aku buat pada kamu?’
Kemudian datang seorang mengacukan pistol. Gadaffi yang berlumuran darah menjerit, ’Jangan tembak..jangan tembak’  namun rayuannya tidak dilayan. Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 20 Oktober 2011.
Jauh di sudut hati, terbit rasa kasihan dan simpati kepada nasib kolonel Muammar Gadaffi yang berakhir nyawanya di tangan rakyatnya sendiri. Apakan tidak, pemimpin yang merampas kuasa daripada Raja Idris pada tahun 1969 sangat terkenal dengan sikap lantangnya terhadap kuasa Barat. Beliau tidak segan untuk mengkritik dan mengherdik Israel, Amerika Syarikat mahupun Britain di majlis persidangan besar seperti persidangan PBB. Malahan, beliau pernah dirakam melemparkan kata-kata sindiran kepada pemimpin Arab Saudi, King Abdullah yang disifatkan sebagai pro-Amerika dan Israel.  
Kini, pemimpin yang dilahirkan di Sirte telah pergi buat selama-lamanya setelah dibunuh oleh tentera pemberontak yang terdiri daripada rakyatnya sendiri. Tiada lagi pemimpin daripada negara Islam Sunnah yang lantang bersuara sepertimana Gadaffi terhadap kuasa kolonis dan kapitalis di dunia Barat. Semoga roh Allahyarham Muammar Gadaffi dicucuri rahmat dan ditempat di kalangan orang-orang yang beriman.
My own review on this issue: 
Sungguh, berderai air transparen dari mataku. So yes, memang Gadaffi merupakan pemimpin yang mungkin tidak adil, mungkin dianggap sebagai diktator, mungkin ada tanggungjawab yang dilepaskan, semua ini aku dahulukan dengan perkataan mungkin, sebab aku sendiri tak pasti apa konflik yang dilanda antara Muammar dan rakyat Libya. Tapi, aku rasakan bahawa sesungguhnya dia masih seorang Islam, dan seorang Islam tak layak diseksa hinggakan mayatnya dipamer di pusat membeli belah, disimpan dalam peti sejuk beku dan rakyat jelata datang untuk menonton mayatnya itu. (boleh rujuk sini) Mayat, bukan jenazah. Belum disempurnakan lagi. Apa hinanya dia? Ini hanya menunjukkan umat Islam itu sendiri kejam, padahal sebenarnya tidak. Perbuatan pengikut NTC yang semestinya dari majoriti muslim, it reflects on our religion juga. Isu ini juga yang akan dibangkitkan oleh pejuang anti-Islam tentang keadilan, keamanan, dan keganasan dalam Islam. Hinggakan busuk mayatnya (link kat sini) dan anaknya dibiarkan di dalam peti sejuk itu hanya untuk ditonton oleh pihak NTC yang dalangnya Barat. Apa ini? Okay, di bawah ini ada extract from Wikipedia, tentang apa yang dia lakukan as his kick start

On gaining power he immediately ordered the shutdown of American and British military bases, including Wheelus Air Base. He told Western officials that he would expel their companies from Libya's oil fields unless they shared more revenue. In his warning, he alluded to consultation with Nasser. The oil companies complied with the demand, increasing Libya's share from 50 to 79 percent.[41] In December 1969, Egyptian intelligence thwarted a planned coup against Gaddafi from high-ranking members of his leadership. Many of the dissenters had grown uneasy with his growing relationship to Egypt.[42] In response to the failed coup, Gaddafi criminalized all political dissent and shared power only with his family and closest associates.[citation needed]Gaddafi expelled Italian settlers in Libya in 1970.[43] Despising the Christian calendar, he replaced it as the country's official with an Islamic calendar.[44] He renamed the months of the calendar. August, named for Augustus Caesar, was renamed Hannibal, and July, after Julius Caesar, was renamed Nasser, for Gamal Abdel Nasser. From 1971 to 1977, Gaddafi approved the Arab Socialist Union, modeled on Egypt's Arab Socialist Union (Egypt), to function as a political party in Libya.[45]Gaddafi increasingly devoted himself to "contemplative exile" over the next months,[10] caught up in apocalyptic visions of revolutionary pan-Arabism and Islam locked in a mortal struggle with what he termed the encircling, demonic forces of reaction, imperialism, and Zionism. As a result, routine administrative tasks fell to Major Jallud who became prime minister in place of Gaddafi in 1972. Two years later Jallud assumed Gaddafi's remaining administrative and protocol duties to allow Gaddafi to devote his time to revolutionary theorizing. Gaddafi remained the commander-in-chief of the armed forces and the effective head of state. The foreign press speculated about an eclipse of his authority within the RCC, but Gaddafi soon dispelled such theories by imposing measures to restructure Libyan society. - Wikipedia
See, dia ada jatuh bangun dia and he had tried to expel the Western force from his own country. And now, see, they seek revenge dan betullah seperti penulis artikel dari takusahrisau.wordpress.com tu katakan, pastinya pemimpin Barat bertepuk tangan sekarang, setidak-tidaknya kerana musuh lama mereka mati. Dan mungkin, sekali lagi mungkin, mereka jugalah dalang di sebalik kematian Muammar Gadaffi. 

Entahlah, aku sendiri mana tahu setiap kezaliman yang Gadaffi buat kan. Yes, indeed, people do make mistakes. Maybe that's why his own people hates him, mungkin juga disebabkan kata-kata fitnah, a killer. I don't live in Libya, I don't know the exact situation, I don't know what do they feel, I admit. But still, masa akan menentukan semua nya. The truth will emerge, when Allah wills, InsyaAllah. Aku tak berpihak pada sesiapa, cuma highlightnya dekat sini, aku rasa tak perlu menghukum saudara seIslam kita sebegitu sekali. Kejam? Jadi cara membalas kekejamannya adalah dengan menjatuhkan hukum sendiri, mengabaikan hukum Islam?

Yang penting, rakyat Libya tak wajar menghukum pemimpin mereka sebegitu sekali, sewajarnya mereka sepatutnya membawa dia ke muka pengadilan. Mungkin, sekali lagi, adalah tu propaganda dan risalah disebarkan kepada mereka oleh Barat dan Yahudi, ah, sudah tentu sekali. Tahukah kita kalau pemimpin itu sudah bertaubat? Sebenarnya, kita sepatutnya tak tergopoh-gapah menghukum manusia lain sebegitu rupa sekali. Sehina-hina manusia di mata kita, mereka masih boleh bertaubat, dan itu antara mereka dan Allah, tapi cubalah kita bersangka baik. Seandainya kita tak terlalu cepat menghukum, I'm sure this world will be a better place. I'm sure, we can reverse the darkness and enlighten our hearts. Bukan senang untuk kita hidup dekat dunia ni tanpa prasangka, tapi inilah dia, buktinya, dan pedomannya, don't judge anyone at all.

Macam ex-convict, walaupun mereka dah keluar daripada penjara, tapi masyarakat tak henti-henti memuntahkan tohmahan pada mereka, which will lead to their second downfall. Dan akhirnya, penjara-penjara dan pusat serenti takkan pernah sunyi dari menerima ahli baru. Sikit-sikit nak condemn, discriminate orang, dah macam mana. 

Entah kenapa penulisan aku hari ini lain sikit. Tak perlu kita berdiam diri. Sekurang-kurangnya, daripada menulis ni aku dapat lihat keburukan aku sendiri, semua perlakuan aku sebelum ini, semua tohmahan dan penghinaan yang pernah aku buat pada orang lain. Sungguh, aku sedar sekarang. 

People can change, dan Allah SWT akan sentiasa menerima taubat hambaNya. 
Manusia, akan sentiasa mencari lubang untuk menghina. 

Astaghfirullahaladzim. T_T

Yang buruk dari aku, yang baik itu dah tentu sekali dari Allah swt.

Memvevel lagi.

Aku ni. Dah kenapa, aku pun tak tahu. Suka sangat tergelincir, pergerakan aku sentiasa tak smooth. Nak mengeluh la ni? Tak ah. Aku bersyukur je, walaupun nama aku bukan Shukor. 
Dah cemana.

Sikit-sikit henpon jatuh. Buku jatuh. Pen, pensil, jangan cakap ah. Kat UiTM dulu memang atas lantai le aku buat kerja lukisan, mampuih aku nak duk angkat pen-pen drawing yang jatuh, memang tak la ye. Memang aku ni clumsy seyh. Sumpah tumpah seh air. Dah cemana. Jatuh longkang jangan katakan lah sudah. Aku ni bab jatuh-jatuh ni paling peberet lah katakan ye dop? Gila. Tengok-tengok dapat hadiah saguhati berupa lebam sebesar penumbuk gorila. 
Sungguh tak ayu. Ada aku kesah? :) Entah, memang sejak zahir, apa entah takdir aku ni. Terima jelah weh. Aku tak kesah pun orang pandang cemana. Dah lah, malas nak pikir. Sorry lah kalau ada susah kan sesiapa. Kan? Dah lah. Makan hati tak sedap. Baik aku makan orang. 

Ngap.

Esok last day ada assessment, which is drama for our literature class. Seronok! Rasa macam bahagia je. Pastu aku nak chow. Entah, aku nak cuti lama-lama pun buat apa weh. Ah tapi lantaklah. Dah kenapa aku ni weh. Aku serabuts lahs. 

Aku nak lari dari manusia. PMS.

Bencikau.