nurulmuna yem nurul muna yem nurulmunayem
nurulmuna yem nurul muna yem nurulmunayem

22 September 2011

Seriously?

Kau jangan pernah buat konklusi yang kau tahu siapa aku, sebab serious engkau tak tahu. Aku dan Dia sahaja yang tahu siapa aku, apa yang aku rasa, apa yang aku buat, cuma aku dan Dia. Engkau, tak ada hak untuk palitkan muka aku dengan contengan kau sebab kau tak tahu pun siapa aku. Kau tak tahu :) Jadi, aku harap kau cuma diam dan hormat keputusan aku! Aku selesa berahsia, aku selesa dengan rahsia begini. Aku selesa sebenarnya. Tak perlu korek, tak perlu cuba untuk google. Aku akan beritahu kau apa yang aku mahu kau tahu, jadi please hormat. Okay? Bukan aku sombong tapi dari azali aku memang begini, aku memang tak suka untuk beritahu orang apa dalam hati. Jarang untuk aku sebutkan. Ada banyak sebab, antaranya aku tak mahu orang kata aku menyusahkan, sebab aku pernah terkena. Bosan. Jadi ada baiknya aku diam, aku tengok perangai ni bawak banyak manfaat untuk aku, percayalah. Aku tahu jaga diri. Aku tahu untuk minta tolong bila perlu, aku bukannya robot. Jangan risau. Cuma. Aku tak akan kalutkan hidup aku untuk buat orang lain selesa, thank you and go away :) Jangan datang lagi, aku tak suka kau datang.