nurulmuna yem nurul muna yem nurulmunayem
nurulmuna yem nurul muna yem nurulmunayem

20 June 2011

Hello,

When you're emotional, it shows that you have emotions.
Don't worry about it.
Kan? Selalu orang kata "eh alah kau ni emo lah, asyik duk melayan perasaan je." Eh so what, orang yang beremosi ni orang yang ada perasaan, other than those yang ignorant pentingkan diri sendiri. Orang Shah Alam kata, Pent. Bukan Pengk ye. Itu lain. Hahahah.
Please I beg you, open your mind sikit. Tolonglah, kalau ada someone yang you think is in emotional state, help him/her lah. So that tak melarat, and it helps you too. Tak payahlah kau tengok kawan kau tu emosi lagi, betul tak? Betullah tuuuu. Aku dah check kat Pakcik aku, Google.
So don't you worry you emotional fellas, kita semua sama. Siapa takda emosi maknanya takda hati. Bukan hati lembu kambing hempedu ke apa, hati nurani.
Kan pemilik blog Emosi? Hihihihihi.
Biasanya orang emotional ni suka channelkan dia punya emotions dekat dia punya actions. Dari segi bentuk seni. Seni apa? Seni tu luas, seni suara, seni lukisan, seni tulisan. Puisi, sketching, doodle. And even blogging. Is blogging an art? What do you think? :) Seni bahasa. Yup, it's somehow an art of its own class.
Kenapa? Sebab bila tak ada orang faham, macam yang aku dapat masa masuk Bengkel Puisi Berlagu in conjunction with Enida Consultancy and Services, bila tak ada orang faham kita, maksudnya orang tak faham hati kita. Orang tak mengerti, jadi salurkan semua tu dari hati pada bait-bait ayat yang dikarang indah, atau luahan dari olahan tangan yang menghasilkan seni, atau banyak lagi.
Supaya orang lagi tak faham hahahaha (ada sesiapa suruh kau faham?) (ps: ada.)
Karena diri ingin dimengerti.
Betul kan, sebab kalau kita dengar nasyid hati tenang.
Especially Maher Zain - Insya Allah.
Klise? Tapi ianya betul. Sebab kita tak perlu karang, dia dah karangkan untuk kita apa yang sesuai dengan hati. Yelah tema lagu tu, every human makes mistakes kan. And we fall, we rise we fall and fall and when it's time to rise, we rise. Insya Allah.
BUT.
Janganlah emo sangat sampai tolak tepi semua insan lain dekat sekeliling tu. Sampai ketepikan hukum agama, sampai kelar-kelar tangan semua tu. Itu dah lain. Itu suicidal. Setan.
*..............................................................*
Ya Allah emonya post ni, MUAHAHAHAHHAHAHA

May peace be upon you, emotional people.

Council of Trust for the People

:)


Bantuan Penuh.

Praise be to Allah, Alhamdulillah! Finally atas semua keserabutan yang aku rasa sepanjang Semester 1 dah selesai. Kau ingat senang nak biaya pelajaran dekat Kolej Poly Tech MARA ni? Menangis aku pikir. Kadang-kadang aku rasa ridiculous gila yuran dia, sampai beribu-ribu-biribiri segala, astaghfirullah, syaitan pernah berbisik dekat aku supaya berhenti je. Memang syaitan tu tahu kelemahan semua, bila dia bisik kalau boleh tepislah dengan iman. Alhamdulillah Dia tahu niat aku, sungguh aku rasa syukur sangat-sangat sebab memang ingat tak dapat. Tapi, dengan result yang ~bolehlaa~ tu, dapat second batch punya. :')

Oh proses dia sangat sukar. Kena pergi beli setem, matikan setem, kalau salah tulis kena initial lah, tak boleh comot-comot nanti dia suruh buat baru. Haha bila ada salah tu rasa macam nak nangis je. Fail tu mama suruh siap letak dalam plastik lah, huu macam-macam. Lepastu kena jumpa pesuruhjaya sumpah, dah degupdegupdupdap dah sebab orang kata kadang-kadang diorang ni fussy sikit. Tapi nasib baik yang ku jumpa itu sangat comel dan adorable! Then kena jumpa saksi, aku jumpa Cikgu Rohana je, Penolong Kanan HEM baru SMKSeksyen7 kesayanganku itu. Mengadu dekat cikgu, susah nak isi borang ni cikgu, macam-macam hal. Then cikgu kata sesuatu yang sangat dalam maknanya. 
"Yelah, nak minta duit rakyat."
Aku angguk tanda setuju. Betul kan apa cikgu cakap? Sebab tu proses dia agak rumit, sebab nak minta duit rakyat. Sebab amanah rakyat, duit tu kira diamanahkan oleh rakyat, kepada kami semua. Rasa berat pula tiba-tiba, fuhh. Aku harap, dapat kekalkan CGPA  supaya nanti tak perlu bayar sangat ^_^ hihihi. Kena spend duit betul betul. Takut. Tak pernah pegang duit banyak-banyak niiiii *pengsan*. 
Ya Allah, aku harap aku tak guna duit ni untuk dunia semata-mata. Aku harap tak ada racun membisik telinga. Aku betul-betul takut. 
Amin.

May peace be upon you, rakyat.