nurulmuna yem nurul muna yem nurulmunayem
nurulmuna yem nurul muna yem nurulmunayem

10 June 2011

WORDS OF WISDOM TOOTH.

SAYA KOPIPES JE ARTIKEL NI YA.

PERNAH mendengar mengenai geraham bongsu? Kononnya, selagi ia tidak tumbuh, selagi itulah anda belum ‘dewasa’. Geraham bongsu selalu dikaitkan dengan kesakitan dan dianggap penanda kedewasaan seseorang.
Geraham bongsu sebenarnya tidak banyak berbeza daripada gigi yang lain. Ia adalah gigi yang tumbuh di hujung mulut. Geraham bongsu biasanya tumbuh apabila anda berusia antara 17 hingga 21 tahun. Kerana kelewatan itu ia dikenali sebagai geraham bongsu (wisdom teeth).
Sebenarnya, bukan semua orang mengalami kesakitan apabila geraham bongsu ini tumbuh. Jika anda mengalami kesakitan ketika geraham bongsu tumbuh, anak anda mungkin tidak. Jadi jangan terlalu menakut-nakutkan dia.
Geraham bongsu boleh mendatangkan masalah dan kesakitan jika ia tidak tumbuh dengan betul. Misalnya, ia mungkin tumbuh secara horizontal.

Kedudukan geraham bongsu yang tumbuh tidak betul juga boleh mengganggu susunan gigi lain atau merosakkan tulang rahang atau saraf. Kedudukan itu membuatkan ia mudah reput.

Jika ia terperangkap dalam tisu atau tulang rahang atau tumbuh separuh saja ia juga boleh mendatangkan masalah.
Gigi geraham bongsu yang tumbuh separuh boleh menyebabkan masalah gusi. Malah kedudukannya yang jauh menyukarkan anda memberusnya. Geraham bongsu yang tumbuh separuh menimbulkan kesakitan.
Keadaan ini dikenali sebagai ‘impacted’. Geraham bongsu ini tersekat pertumbuhannya kerana rahang tidak memiliki ruang yang cukup untuk semua gigi. Ini disebabkan gigi anda tidak tumbuh dengan susunan yang betul. Mungkin sebahagiannya senget atau tidak teratur. Atau mungkin juga rahang tidak cukup luas untuk kesemua gigi.
Masalah geraham bongsu yang begini memang sangat biasa ditemui. Begitupun masih ada mereka yang tidak mengalami masalah. Malah mungkin langsung tidak menyedari, gigi geraham bongsunya sedang tumbuh!
Gigi geraham bongsu yang tersekat boleh mendatangkan masalah. Ia mudah memerangkap sisa makanan dan plak. Ia menyebabkan kawasan itu bengkak, sakit dan mulut berbau. Ia juga kadang kala boleh merosakkan gigi yang lain kerana jangkitan.
Jika geraham bongsu itu tidak berfungsi, mereput, mengalami jangkitan atau mengganggu kunyahan, ia mungkin perlu dikeluarkan. Begitupun, setiap kes berbeza dan hanya doktor yang boleh memastikan sama ada ia perlu dikeluarkan atau tidak.

OUCH, SERIOUS SUMPAH SUNGGUH SAKIT SANGAT. :| 
HAH KAU.
Aku masih belum tahap kronik aku rasa... Dalam keadaan yang membengkak. Takdelah sampai berdenyut. Tapi susah, nak makan bukak mulut pun nganga sikit-sikit. Gosok gigi apatah lagi. Bangun pagi air liur kadang-kadang bertakung (eww). Hmm. Tapi yang lain sebelum ni takdelah sakit macam ni. Just my luck. Haha. 3 sekali tak sakit, yang single tu yang sakit. Haish...


Tak tahu lah which one is mine. Si bongsu yang nakal itu. Huhu I hope not angular, horizontal or partial. Yang tu semua disarankan bedah. Especially yang horizontal one. Oh baby baby baby. 
Wish me well people.

May peace be upon all of us. 

JAP GIGI NI TUMBUH BILA KITA DAH DEWASA?
AKU DAH DEWASA?
DEWASA?
EWASA?
WASA?
ASA?
A?
?
A?
SA?
ASA?
WASA?
EWASA?
DEWASA?

YAY SATU BERITA BAIK, HAHAHAHAHAHA ^__^
KTHXBAICUWENICU
  

:}

{MUNA}

Just fly.

Permanent kan?

Macam dakwat permanent tuu.

Haha.

Aku tau.

So. Satu dua tiga, senyum!

Dah lama dah.

Ah.

Kejap je ni.

Bye!

Salam ke atas mu!