nurulmuna yem nurul muna yem nurulmunayem
nurulmuna yem nurul muna yem nurulmunayem

24 August 2011

Those three words.

Kadang-kadang. Hati aku terbahagi. Antara keinginan dan kewajipan, aduhai.
Aku ingin untuk bahagia macam yang lain. Tapi aku tahu, aku sendiri tak sempurna dalaman.
Untuk apa bahagia luaran kalau dari dalaman aku belum kecap bahagia itu.
Selagi belum aku genggam putih itu.

Dan ini membuatkan aku terkilan, kadang-kadang.
Tapi aku bersyukur.
Cinta merupakan satu anugerah terindah yang dikurniakanNya untuh hambaNya yang hina. Kita.
Alhamdulillah, :')

Aku bahagia.

19 August 2011

There are things that you used to do.
Buat orang lain luka, walau luaran dia menampakkan senyum.
Walau luaran dia cuma diam, menyepi bagai tiada rasa.
Tapi hati?
Sakit.
Tapi lupakan semua tu.
Ingat yang indah.
:)
Aku senyum.

Jangan benci orang yang sakitkan hati kita.
Mungkin betul dia tak sengaja, tak berniat, jadi kita sabar sebab itulah yang terbaik pun.
Kalau dia sengaja, terpulang. Siapa kita nak judge dia?
Mama ingatkan, selalu ingatkan. Maafkan orang sebelum tidur. 
Biar hati tenang sikit. Make sure ikhlas. Ikhlas itu penting ye. Betullah, kan?
Aku bukan malaikat, aku tahu aku tak sempurna. 
Aku tahu, dalam diam mesti ada yang terasa dengan perlakuan aku, minta maaf aku unjurkan.
Aku cuba untuk ubah diri, aku tahu aku bukan siapa-siapa. 
Kadang-kadang mulut terlepas sebab itulah yang jadi tabiat.

Okay? :) Selamat menyambut 10 Ramadhan terakhir! 
Hihihihihihihihihihi~

14 August 2011

Jar of hearts.

Hati yang manja sering merungut.
Hati yang berani sering mahu mencuba.
Hati yang baik sering terluka.
Hati yang hitam sering alpa.
Hati yang bijak sering mendiam.

Hati tak pernah bohong, tapi hati juga tak selalu benar.
Terkadang juga kata hati tak salah namun kita salah mengertikan.

Dia Yang Maha Membolak-balikkan Hati.
Teguhkanlah hati-hati kami, agar sering terbuka dalam mengintepretasikan hidup yang kami jalani.
Agar kami sentiasa di atas Jalan Yang Lurus,

Amin.